Saturday, April 27, 2013

Birthday Cik Ayu

Sama bulan dengan Adeq La, klu Sukila 16 April, Cik Ayu hari ni, 27 April,
Doa kak utk Yu pun sama jugak :-
@ Semoga panjang umur,
@ Murah Rezeki
@ Bahagia & ceria sokmo
@ Tercapai segala impian
@ Semoga sentiasa dibawah rahmat & kasih sayang-NYA
@ Luv u...<3 br="">

Tuesday, April 16, 2013

Selamat Hari Lahir, Sukila

Hari ni, 16 April, hari lahir sukila yang ke 24 (ye dop??)
Kak doakan semoga La :-

# semoga panjang umur...
# murah rezeki...
# bahagia sentiasa..
# Dapat kerja yang elok2..
# Ceria sokmo..
# yang penting- Sentiasa berada dibwah rahmat & redha-NYA..
# Luv U <3 p="">

Sunday, April 14, 2013

PR Vs BN

PRU13 kurang lebih 3 minggu saja lagi..
sekarang perang bendera dah pun bermula..
perang poster belum lagi, yang tu kena tunggu selepas 20 April, hari penamaan calon...
haa. masa tu perang poster akan bermula dengan rancaknya...
sekarang macam2 janji (menifesto) dari kedua-dua pihak dah pun diuar-uarkan..
utk ketelusan cerita, TV bukan lagi medium yang sesuai... internet adalah pilihan utama..
macam2 berita, macam2 cerita boleh baca...
dan kita sebagai rakyat marhaen yang akan menentukan siapa yang akan ke Putrajaya...
KITA yang menentukan siapa yang layak...
samada BN akan kekal ataupun PR akan mengambil alih putrajaya untuk tempoh masa lima tahun ni...
dan keputusan akan diketahui 5 mei nanti...
tunggu, tunggu dan tunggu...


Wednesday, April 3, 2013

Family Trip: Medan 2013

# Alhamdulillah.. selamat jugak kami ke Medan last week...berbulan2 sebelum tu risau takut kena kansel & tak jadi sebab PRU13, dan sebulan sebelum pegi, tak ada ura2 nak bubar parlimen, kami pun cari la agent kat sana sebab klu PRU, Ma & Kak Na tak mau pegi, so terpaksa cancel plak...Nasib baik-doa kami dimakbulkan, dapat jugak jejak kaki ke Medan.. dah balik Medan pun, parlimen tak bubar2 jugak.. Pastu risau sebab yang pergi semua perempuan, ALLAH permudahkan pengembaraan kami kat sana dengan bantuan Pak Ibrahim & juga sharil. terima kasih buat bapak berdua...
# Sesungguhnya, pengalaman di Medan selama 5hari amatlah berharga... Sebelum menjejak kaki ke Medan, ramai yang kata 5hari tu lama. buat apa pegi lama2, kat Medan tak apa yang menarik...Dalam hati saya pun sama berkata, lamanya 5hari kat sana. nak buat apa yer.. tp bila dah sampai sana, 5hari tu sekejap je...pejam celik pejam celik, dah samapi hari ke lima.. Dan, sepanjang lima hari kami kat sana memang enjoy...
# Kami bernasib baik sebab dapat tourist guide yang nak ikut kehendak kami.. tak sepenuhnya ikut jadual yang ditetapkan.. Sebab tu sempat pegi ke kedai buku, bukan satu tp 2 tempat lagi... Malangnya, buku yang Sukila cari tak ada & saya sempat beli Qur'an kecik yang harganya separuh harga dari malaysia...dan saya bernasib baik sebab novel2 kat sana tak memenuhi citarasa.. klu tak harus la ada hasilnya!!!
# Lalu lintas kat sana- teruk.. dengan semua orang tak ikut peraturan, hon sentiasa kedengaran, kereta yang dibawa sesuka hati tapi kemalangan kat sana amatlah kurang... Baca suratkhabar semasa kat sana, tiada laporan mengenai kemalangan melainkan 1 laporan kemalangan di hari ke-2... Dan, laporan berita dekat sana amatlah telus & sekecil2 berita pun ada. Contoh, budak sekolah meniru dalam peperiksaan yang mana dekat malaysia saya rasa benda tu takkan masuk paper.
# kat sana suka guna singkatan@ akronim.. even dalam paper pun perkataan tu still valid. Contoh- Menteri Kewangan- Menkue, pastu ada beberapa perkataan lagi.. dan yg sentiasa saya dengar dari sharil is simatupang- siang malam tunggu panggilan, Dugem- dunia gemerlapan, Gaptek-gagal pakai teknologi dan byk lagi yang mana bila kita dengat rasa macam kelakar sangat... begitu juga dengan nama wakil rakyat & timbalannya, Kebetulan masa kami sampai, pilihanraya beru lepas.So, dapat la tengok kombinasi nama2 calon, ant GusDur, GanTeng.. nama singkatan bagi 2orang yang digabungkan..Nama penuh tak ingat la.. heheh
# Makanan kat sana lebih kurang je dengan sini.. so, apa2 pun boleh telan... Sempat minum jus Markisa yang famous kat sana... dan juga terung belanda.. jus durian belanda pun sedap.. isi buah durian belnda yang dikisar pekat.. yummy...tp jus limau tak berapa enak.. jus wartel tak sempat nak try.. jus wartel ni jus carrot, masa bgtau nak jus carrot, ternganga orang yang amik order, tak paham... lagi satu, teh o ais dipanggil teh manis dingin..best je sebut, teh manis dingin...
# Banyak yang nak cerita, tp tak tertulis. Dan sapa yang cakap rugi pegi Medan sebab tak ada apa2, tu tipu.. sebab saya enjoy je pegi sana, bleh tengok tsaik yang sangat cantik.. Dekat belah Parapat air dia biru kehijauan to sampai dekat Pulau Simosir, air dia hijau jernih... cantik!!!
# owh, disebabkab hard disk saya tak boleh nak buka, maka entry ni takpa gambar... Nak tengok gambar sila le ke Blog Sukila & blog Cik Ayu. Ada banyak gambar kat sana.. Siap buat macam telenovela lagi, ada part 1,  part 2.... sampai la part last semalam.. sakan la ada gmbr kat sana..

Sekian.. :-)

**Saya pernah ikut company trip, tapi serius tak se happy bila pegi dengan family.. aura dia lain.. Insha ALLAH next time akan ada lagi trip bersama mak, adik2, kakak2 & abang2.. Cuma masa dan tempat masih dalam perancangan...

Friday, March 8, 2013

Kisah Kaabah Yang Tidak Di Ketahui Ramai

Kisah Kaabah Yang Tidak Di Ketahui Ramai

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, l...ambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Sumber: FB


Thursday, February 7, 2013

hepi birthday A ja...

Selamat menyambut ulang tahun yg ke 33..
Semoga panjang umur, murah rezeki & sentiasa dirahmati & diberkati-Nya..
Jutaan terima kasih atas segala2nya sejak dari UTM dulu sampai la ni..
Hanya Allah yang mampu membalasnya..



Sunday, January 27, 2013

15 Rabi'ul Awwal 1434H

Hari ni hari Ahad, 27 jan 2013 bersamaan 15 Rabi'ul awwal 1434H...
untuk n3 kedua tahun 2013...
sangat mengada2 nak buat n3 walaupun tak tahu nak tulis apa...hohoh

Tuesday, January 1, 2013

first entry tahun 2013

My first entry on 2013... Antara azam tahun ni:

1) Nak bangun awal pagi

2) Tak mau tido da lepas subuh - awal2 lagi dah fail.. camane ni??? Konon2 tak mau tido pagi tp disebabkan kebosanan tahap petala ke-8 pagi tadi kena la tido.. hehehe

3) Tahun ni nak khatam qur'an sekurang2 2 kali...up dari tahun lepas 1.5 je..

4) Nak upgrade cara saving.. tak mau lagi saving bulan lepas, bulan ni dah amik... any idea tak camane nak buat???

5) nak perbaiki mana yg kurang tahun 2012.. moga tahun 2013 menjadi lebih baik, lebih positif, lebih rezeki, lebih sabar, lebih rajin dan lebih segala2nya...

Thursday, December 27, 2012

Disember yang Manis...

Bulan ni kami meraikan 2 berita gembira..
 
1) Tahniah buat A ja & Atun - sempena kedatangan sikecil yang comel lagi kiut, wan Muhammad Hakeemi (18-Dec-2012)...


2) Tahniah jugak buat Kak Ni & Abg Om (22-Dec-2012) - Semoga kalian kekal bahagia hingga akhir hayat..


Buat kamu berdua- Selamat datang dalam keluarga Allahyarham Wan Omar...

p/s: Hepi birthday buat anak2 sedara saya yang sambut birthday bulan ni - Mirah, Manis, Ayih & Zahra.. Semoga kalian semua sentiasa berada dibawah rahmat & kasih sayang-Nya..
 
p/s/s: All the best to Adeq la for Final Exam... Semoga berjaya dengan cemerlang...

Friday, December 14, 2012

Kereta Hebat

Malam td bawak harith keluar..
hantar keropok lekor yang member kirim masa balik kg...
Ni dialog ngan harith

Mok Chek: Kita nak gi mane ni?
Ayih:Jalan2 naik kete hebat..
Mok Chek: Kete hebat sape?
Ayih: kete hebat mok chek la...

Haha.. hebat betul la kete mok chek ngan cik do..
rugi sape2 tak beli persona..
klu tak jadi kete hebat :-)

Sunday, November 25, 2012

Cara utk Off Game Notification kat FB

Ramai sgt yang suka hantar request game ni..
menyampah betul..
Sebelum ni saya tak tau camane nak off kan notification tu..
satu hari tu, dok godek2 komputer, jumpa jugak cara dia..
sekarang dah sepi dah FB saya dari notification yang ntah apa2 tu..
nak tau step dia? 
Refer kat bawah 

First: Click x kat notification

                                         
2nd: Click Turn Off


3rd: Selesai...


 Selamat mencuba... Lepas ni dah clear dah notification tuk game.. :-)

Tuesday, November 13, 2012

Sweet Nov

1) First enrty di bulan November... masa yang cepat berlalu..
lagi sebulan setengah je lagi nak masuk tahun 2013.. sekejap jer...
lagi 1 hari pun dah masuk tahun baru 1434H.. Selamat Tahun Baru Hijrah 1434H.. Semoga kedatangan tahun baru akan membawa seribu kebahagiaan & rahmat buat kita semua... Jangan lupa baca doa akhir & awal tahun..

2) Bulan ni birthday saya... juga birthday kakak & anak2 buah saya.. ramai gak yang lahir bulan Nov ni kan.. Hepi birthday buat semua.. Adah, Zarif, Ahmad, Kak Ti & me... ada sape lagi ke? Rasa2 macam dah sebuat semua... Semoga kalian & saya panjang umur dan sentiasa berada dibawah Rahmat & Kasih sayang-NYA selalu...Sayang kamu semua.. muah muah...

3) Buat pertama kali dalam tahun ni saya jejak kaki ke production.. haha.. padahal dah masuk lima tahun dah kerja kat tenaga tu, boleh kira berapa kali je turun sana... dan saya mengaku yang saya tak kenal sangat diorang... sampaikan ms pegi company trip, ada yang tanya saya ni baru masuk keje ke? Kenapa macam tak penah nampak jer.. heheh... maklum la line saya tak kena kat production.. kerja saya lebih kat sistem bukan production... Sekarang, dah kena link ngan prodcution dah.. maklum la bos dah berhenti, terpaksa la cover serba sedikit kerja dia dulu.. baru perasan yang saya tak penah/jarang turun kat prodcution.. heheh.. no wonder bila saya turun jer, ramai yang tengok.. pelik kot...Entah sape2 ntah tiba2 turun then bg schedule apa job nak jalan... nasib la...

4) Dah lama tak gi umah a ja... Ari mgu lepas gi umah a ja.. kebetulan ain pun ada datang kepong... dah bosan, plan la bawak ayih naik ketapi, gi TBS makan mee bandung yang cik ayu dok sebut2 best tu.. tp tak kena sgt ngan tekak kelate I ni.. sori ye cik ayu.. huhuh.. budak tak penah naik kete api.. cuak jap... heheh.. nasib baik mama & papa dia tak kisah.. TQ yer bagi pinjam ayih kat kami.. heheh

 
Dah penat pusing TBS, bantainya tido budak tecit ni... penat rupanya... heheh

Sunday, October 14, 2012

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
    


01.  Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02.  Bersabar apabila mendapat kesulitan;
03.  Tawakal apabila membuat perancangan;
04.  Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati tenggelam dalam
     kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri hati di atas kejayaan
     orang;

10. Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu
     kedudukan;

13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang
    melebihi kemampuan diri;

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa
    kecil;

22. Perbanyakkan berkunjung ke rumah Allah
    (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu';
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
    di masjid;

25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada
    Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak
    berlebih-lebihan;

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah
    kerana Allah;

33. Berlatihlah mengawal fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan
    mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi
    kerana sesuatu sebab ;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
    iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlalu takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlalu takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyakkan silaturrahim;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Beristeri/bersuami/berpoligami kalau sudah siap
    segala-galanya;

50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan
    waktu;

51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
53. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
    tidak berlebihan;

55. Hormatilah guru dan ulama;
56. Sering berselawat ke atas nabi;
57. Cintai keluarga Nabi saw;
58. Jangan terlalu banyak berhutang;
59. Jangan terlalu mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
    bahawa kehidupan dunia adalah sementara;

61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang
    tidak bermanfaat seperti mengucapkan ungkapan
    yang tidak berguna;
62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
    beristighfar;

64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah
     mampu;

65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada
    kita;

66. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan
    membalas kejahatan dengan;

67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan
    pendiriannya;

68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus-terang dalam
    menentukan sesuatu pilihan;

70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah
    mereka yang mendapat kesulitan;

71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
    mendapatkan kerugian;

74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh
    keikhlasan dan kesungguhan;

76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada
    kita;

79. Ambilah pengajaran dari pengalaman orang-orang arif
    dan bijaksana;

80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang
    sudah dilakukan;

81. Jangan bersedih kerana miskin dan jangan
    sombong kerana kaya;

82. Jadilah manusia yang selalu berbakti kepada
    agama, bangsa dan negara;

83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula
    kelebihan orang lain;

84. Jangan membuat orang lain menderita dan
    sengsara;

85. Berkatalah yang baik-baik atau jangan berkata
    apa-apa;

86. Hargai pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk hiburan dan
    kesenangan;

88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun orang yang
    bersangkutan tidak menyenangkan;

89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
    dengan batas-batas agama dan keadaan diri kita;jgn pakai soluar pendek & skirt Ramlah Ram

90. Jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan
    fizikal atau mental kita terganggu;

91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan
    pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang
    lain terganggu dan jangan berkata sesuatu
    yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk
    berkaitan dengan teman kita sebelum dipastikan
    kebenarannya;

95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
    kewajiban;

96. Sambutlah huluran tangan setiap orang(muhrim) dengan
    penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu
    yang diluar kemampuan diri;

98. Waspadalah akan setiap ujian, dugaan dan
    cabaran. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan
    kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;

100 Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan
     memiskinkan orang;

Saturday, September 29, 2012

Guilin- Day 2 (24/8/12)

Entry yang dah jadi pekasam! 

Hari Ke-2,
Tepat jam 8.00 pagi, kami  check out dari Sunshine Dynasti Hotel menuju ke Youngshou. Youngshou adalah salah satu bandar kecil yang mane perjalanannya mengambil masa 2-3 jam dari Guilin. Sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan gunung ganang yang menakjubkan... No wonder, my colleague said that Guilin have a very nice scenery but not for shopping ... The popular place for shopping is Guangzhou, Shang Hai & Beijing...

Ni dekat Golden Silver Cave.. Nama penuh dah tak ingat la... Ada yang kata tempat ni lebih kurang ngan Gua Tempurung, tp disebabkan saya tak pernah samapi kat Gua Tempurung, tak boleh nak buat comparison...

Antara kehijauan yang menakjubkan. Bila tengok real nampak sangat cantik.
Lepas kat Gua Tempurung, aktiviti berakit.. Kesian pakcik tu.. penat dia nak kayuh rakit tu bila lawan arus sungai..
Cara mudah orang sini tangkap ikan.. guna je burung Raja Udang (klu tak salah nama la), Ikat tali kat leher burung ti them lepas dalam sungai.. Dah dapat ikan, burung tu pegi kat tuan dia, then tuan dia cekik leher burung untu keluarkan ikan. Kejamkan.
Satu-satunya toilet yang takde pintu kami jumpa.. Bila nak tunai hajat, sorang akan tunggu dekat lura sebagai pengawal :-)


Destinasi ke-tiga untuk hari kedua.. Kali ni naik kapal besar cuma beza sungai je.. Sungai ni pun dikelilingi pemandangan yang Indah...

Satu-satunya pasar malam yang kami pergi separuh jalan.. bila tengok orang ramai sanagt, ramai yg suggest untuk patah balik sebab takut ada kejadian yang tak diingini..

*Part 3 tunggu lain kali lak.. maklum la pakai berukbeng, limited la sikit dia nyer usage.. lagi nak upload gambar.. letih nak tunggu...
**Local trip kali ni pergi Betong, Thailand.. first time dengar nama Betong, klu hatyai & Danok tu penah dengar. cuma kali ni pegi 2D1N jer...


Monday, September 10, 2012

Rahsia Garam


Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kec
il oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
 
Kredit : FB Janji Allah Itu Pasti

Friday, September 7, 2012

DBW7314- Setahun sudah


Hari ni DBW7314 dah berumur setahun..
Alhamdullilah dalam masa setahun ni tak banyak meragam..
dan berdoa semoga dia sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hingga ke akhir hayat...


Bersama kekasih hati, :-)

Thursday, September 6, 2012

Doa Bertemu Jodoh (Untuk wanita)

Jalan-jalan kat blog resepirahsiaku.com, 
terjumpa la doa ni...

dan banyak lagi doa2 yang patut kita jadikan amalan harian yang ada kat blog tu...
Sama2 la kita baca dan amalkan..
semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat & kasih sayang-NYA.


Saturday, September 1, 2012

Cleaner yang berjaya

Gotong royong secara paksa??
Kat sini, boleh aje...
Takde apa yang pelik pun...
sepatut hari sabtu keje sampai pukul 1 je tapi hari ni kena stay sampai pukul 5.30..
klu tak, consider absent..
giler kejam la diorang ni...
So, kena la jadi cleaner yang berjaya hari ni..
setelah bertungkus-lumus akhirnya jam 5.30 petang,
semuanya dapat diselesaikan dengan jayanya..
Kami kat Planning Dept kena buat cleaning kat New Plant..
So, kami bertiga pilih Training Room...


Tp yang tak puas hati, ah settle kita punya,
kena lak tolong orang lain plak.
Yg paling tak puas hati marketing langsung tak buat..
diorang boleh je wat keje diorang..
apa diaorang je ke ada keje?
orang lain makan gaji buta???
Ni la yg buat kami lain marah..
Dan GM yg terlampau cerdik buat tak nampak jer...
maklum la marketing tu dia punya orang..
dan saya nak bagitau kat GM tersayang,
saya benci tengk muka kamu yang bermuka2 itu..
sayalagi happy kerja klu kamu takde kat opistu..
tak payah nak bermuka2 kat orang lain yang kamu tu org baik..
menyampah...

Friday, August 31, 2012

Guilin -Day 1 (23-August-2012)


Trip ke Guilin ni merupakan short notice dari pihak management.. Memo release on 11st July &need to confrimed the name on 12nd July. Not like previous trip. Normally, they give us time around 1week before confirm the names. After a week, flight ticket & Visa settle. Actually, this time rushing coz to Madam already forgot the annual trip due to her son wedding.

We start our journey to Guilin on 2.30am,23rd August. From PT, almost 3 in the morning & arrive at LCCT Airport around 4.00am & check in. Boarding time on 6.10am. Flight safely landed at Guilin LiangJiang International Airport  around 10am.

Tak sah klu tak bergambar.. Otw to Guilin, nasib tak berapa baik.. Dapat seat yang 31, paling belakang, Aduh, sakit belakang dok tagak je.. Perjalanan 4 jam terasa mcm lama giler.. huhuh
Gambar dr Airbus AK1034- Gi sana nek AirAsia jer.. dah AA je yang ada daily flite 2 way from LCCT-Guilin-LCCT






Guilin LiangJiang International Airport- Nama je International, tp flight pada satu2 masa hanya la 2-3 buah sahaja... Airport ni jugak tak ramai orang
Nampak yang pegang lembu merah tu? Itulah our tourist guide..

Lunch kat Islamic Hotel....


1st day je jumpa tempat makan yang halal, Islamic hotel.. dan nasib baik jugak ada bawak serunding daging sikit,, .. heheh.. klu tak dok taram makan maggi ngan sayur je.. Nasib baik jugak saya dapat sponsor Maggi Mee 15packet dari budak IT.. hehe. Jimat duit nak beli maggi...

Selepas lunch, kami menuju ke Elephant Hill Scenic Area...
 
Salah satu tempat yang mesti dilawati klu pegi Guilin...

 
 Agak2, nampak tak gajah tengah minum? Klu kat sana baru nampak jelas.. Gambar ni mcm takde rupa gajah tengah minum jer...




Harus la bergambarkan.. Benda wajib.. heheh

Setelah pusing2 kat Elephant Hill, Kami bergerak ke tempat penginapan, Sunshine Dynasty Hotel 1 malam sebelum bergerak ke YangShoa keesokan harinya...
Hotel tempat menginap selama 3 malam.. lagi satu malam pindah hotel dekat YangShou - Pendalaman Guilin.. 

Hotel ni dekat je dengan Pasar Malam.. So, tiap2 mlm kitorang pusing2 tgk orang jer.. Souveniur tarak...:-(
OK.. Settle untuk entry pertama.. Nanti sambung n3 tuk Hari ke-2 lak.. Bila? Tak tau lagi..

To be continue :-)

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri

Ramadhan hampir ke penghujung,
Terasa betapa cepat masa berlalu,
Syawal hampir menjelma..
Salam Aidilfitri buat semua..
Maaf Zahir & Batin.

Kepada yang balik kampung, hati2 memandu..
semoga selamat sampai ke destinasi masing2..