Saturday, April 27, 2013

Birthday Cik Ayu

Sama bulan dengan Adeq La, klu Sukila 16 April, Cik Ayu hari ni, 27 April,
Doa kak utk Yu pun sama jugak :-
@ Semoga panjang umur,
@ Murah Rezeki
@ Bahagia & ceria sokmo
@ Tercapai segala impian
@ Semoga sentiasa dibawah rahmat & kasih sayang-NYA
@ Luv u...<3 br="">

Tuesday, April 16, 2013

Selamat Hari Lahir, Sukila

Hari ni, 16 April, hari lahir sukila yang ke 24 (ye dop??)
Kak doakan semoga La :-

# semoga panjang umur...
# murah rezeki...
# bahagia sentiasa..
# Dapat kerja yang elok2..
# Ceria sokmo..
# yang penting- Sentiasa berada dibwah rahmat & redha-NYA..
# Luv U <3 p="">

Sunday, April 14, 2013

PR Vs BN

PRU13 kurang lebih 3 minggu saja lagi..
sekarang perang bendera dah pun bermula..
perang poster belum lagi, yang tu kena tunggu selepas 20 April, hari penamaan calon...
haa. masa tu perang poster akan bermula dengan rancaknya...
sekarang macam2 janji (menifesto) dari kedua-dua pihak dah pun diuar-uarkan..
utk ketelusan cerita, TV bukan lagi medium yang sesuai... internet adalah pilihan utama..
macam2 berita, macam2 cerita boleh baca...
dan kita sebagai rakyat marhaen yang akan menentukan siapa yang akan ke Putrajaya...
KITA yang menentukan siapa yang layak...
samada BN akan kekal ataupun PR akan mengambil alih putrajaya untuk tempoh masa lima tahun ni...
dan keputusan akan diketahui 5 mei nanti...
tunggu, tunggu dan tunggu...


Wednesday, April 3, 2013

Family Trip: Medan 2013

# Alhamdulillah.. selamat jugak kami ke Medan last week...berbulan2 sebelum tu risau takut kena kansel & tak jadi sebab PRU13, dan sebulan sebelum pegi, tak ada ura2 nak bubar parlimen, kami pun cari la agent kat sana sebab klu PRU, Ma & Kak Na tak mau pegi, so terpaksa cancel plak...Nasib baik-doa kami dimakbulkan, dapat jugak jejak kaki ke Medan.. dah balik Medan pun, parlimen tak bubar2 jugak.. Pastu risau sebab yang pergi semua perempuan, ALLAH permudahkan pengembaraan kami kat sana dengan bantuan Pak Ibrahim & juga sharil. terima kasih buat bapak berdua...
# Sesungguhnya, pengalaman di Medan selama 5hari amatlah berharga... Sebelum menjejak kaki ke Medan, ramai yang kata 5hari tu lama. buat apa pegi lama2, kat Medan tak apa yang menarik...Dalam hati saya pun sama berkata, lamanya 5hari kat sana. nak buat apa yer.. tp bila dah sampai sana, 5hari tu sekejap je...pejam celik pejam celik, dah samapi hari ke lima.. Dan, sepanjang lima hari kami kat sana memang enjoy...
# Kami bernasib baik sebab dapat tourist guide yang nak ikut kehendak kami.. tak sepenuhnya ikut jadual yang ditetapkan.. Sebab tu sempat pegi ke kedai buku, bukan satu tp 2 tempat lagi... Malangnya, buku yang Sukila cari tak ada & saya sempat beli Qur'an kecik yang harganya separuh harga dari malaysia...dan saya bernasib baik sebab novel2 kat sana tak memenuhi citarasa.. klu tak harus la ada hasilnya!!!
# Lalu lintas kat sana- teruk.. dengan semua orang tak ikut peraturan, hon sentiasa kedengaran, kereta yang dibawa sesuka hati tapi kemalangan kat sana amatlah kurang... Baca suratkhabar semasa kat sana, tiada laporan mengenai kemalangan melainkan 1 laporan kemalangan di hari ke-2... Dan, laporan berita dekat sana amatlah telus & sekecil2 berita pun ada. Contoh, budak sekolah meniru dalam peperiksaan yang mana dekat malaysia saya rasa benda tu takkan masuk paper.
# kat sana suka guna singkatan@ akronim.. even dalam paper pun perkataan tu still valid. Contoh- Menteri Kewangan- Menkue, pastu ada beberapa perkataan lagi.. dan yg sentiasa saya dengar dari sharil is simatupang- siang malam tunggu panggilan, Dugem- dunia gemerlapan, Gaptek-gagal pakai teknologi dan byk lagi yang mana bila kita dengat rasa macam kelakar sangat... begitu juga dengan nama wakil rakyat & timbalannya, Kebetulan masa kami sampai, pilihanraya beru lepas.So, dapat la tengok kombinasi nama2 calon, ant GusDur, GanTeng.. nama singkatan bagi 2orang yang digabungkan..Nama penuh tak ingat la.. heheh
# Makanan kat sana lebih kurang je dengan sini.. so, apa2 pun boleh telan... Sempat minum jus Markisa yang famous kat sana... dan juga terung belanda.. jus durian belanda pun sedap.. isi buah durian belnda yang dikisar pekat.. yummy...tp jus limau tak berapa enak.. jus wartel tak sempat nak try.. jus wartel ni jus carrot, masa bgtau nak jus carrot, ternganga orang yang amik order, tak paham... lagi satu, teh o ais dipanggil teh manis dingin..best je sebut, teh manis dingin...
# Banyak yang nak cerita, tp tak tertulis. Dan sapa yang cakap rugi pegi Medan sebab tak ada apa2, tu tipu.. sebab saya enjoy je pegi sana, bleh tengok tsaik yang sangat cantik.. Dekat belah Parapat air dia biru kehijauan to sampai dekat Pulau Simosir, air dia hijau jernih... cantik!!!
# owh, disebabkab hard disk saya tak boleh nak buka, maka entry ni takpa gambar... Nak tengok gambar sila le ke Blog Sukila & blog Cik Ayu. Ada banyak gambar kat sana.. Siap buat macam telenovela lagi, ada part 1,  part 2.... sampai la part last semalam.. sakan la ada gmbr kat sana..

Sekian.. :-)

**Saya pernah ikut company trip, tapi serius tak se happy bila pegi dengan family.. aura dia lain.. Insha ALLAH next time akan ada lagi trip bersama mak, adik2, kakak2 & abang2.. Cuma masa dan tempat masih dalam perancangan...