Wednesday, March 30, 2011

~Melaka Trip 26-27 March

Salam...

Takde apa yang nak bercerita.. saya bukan orang yang pandai menulis... So, biralah gambar saja yang bercerita...

Jom layanzzz...


Asal cerita camane boleh sampai Melaka.. Bila dah dijemput sampai la kami2 kat Melaka...



Kat Mini Stadium Ayer Keroh.. Klu dah ada muka2 kami ni, maka tak sah la kalau takde gambar... Nak tak nak mesti nak bergambar jugak.. Rasanya lagi meriah kalau adinda 2 orang tu boleh ikut sekali kan... lagi happening...

Ni lak, Along Zafran yang control macho sempat lagi mengorat penari2 bollywood.. Lupa nak bagitau, Tema majlis kat Melaka hari tu ala2 Bollywood.. So, dari awal majlis sampai la akhir majlis, tak dengar pun lagu Selamat Pengantin Baru... Yang ada lagu2 hindustan yang saya tak faham apa maksud dia... Ni la dia penari yang dok bergelek time pengantin sedang bersantap..

Bersama Bonda tersayang...

Acara kitorang pada sebelah malam... Naik Melaka cruise... Konon2 macam kat Venice la.. Naik criuse untuk menyelusuri sungai melaka... Satu je yang tak best, air sungai tu bau BUSUK.... kami dibawa beleyar selama 45 minit...

Sebelum balik KL, kami singgah kat Taman Botani Melaka.. konon2 nak pi zoo, tapi tak jadi sebab takut Rafiq tak sempat sampai sebelum pukul 6... Sewa 2 buah buggy semata2 nak pusing taman ni.. bukan ada apa pun... macam masuk hutan nak tengok pokok... wat kajian tentang nama pokok dan so on.. heheh

Sebenar sewa buggy ni tuk 45minit.. tp disebabkan kitorang ni just pandu lalu jer, tak sampai pun setengah jam dah abis pusing satu taman botani tu...
Dan aktiviti selepas tu sebelum balik apa lagi...

BERGAMBAR!!!

Dan, klu nak tengok gambar lain lagi, sila la ke FB mbak Cumie.. Sebab mbak sorang je yang bawa kamera...

Ok.. Itu saja untuk kali ni..

p/s: Selamat Pengantin baru buat Mat we & Isteri.. Semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa...

Thursday, March 17, 2011

How to be a good motivator???

Petang tadi, dekat office sebelum balik...

"Wan, I need your help"
"what u want?"
"This is secret, only three of us"
" haa..??
"This between me, u & mimi"
"OK... what ur secret? apa yang rahsia sgt ni?"
"Mimi want to transfer dept. Can you motivate mimi & let she stay at her place. Just now, she passed transfer form to me & ask me to sign"
"What happen actually? why she want to transfer? what have you done to her?"
"Act. nothing happen.. just somebody go & cucuk ur boss about her la.. then dia dah merajuk"

Itu la yang terjadi... Tp camane nak motivate orang yang dah down ni.. susah la.. saya dah fail nak motivate org.. motivate diri sendiri pun adakala tersasar jugak.. apa lagi nak motivate org..
Sy dah dengar cerita dari 1 pihak, tp lagi satu pihak, belum lagi.. entah la.. tp yang pasti saya BUKAN org yang terbaik nak motivate org...

Raj. Im sorry.. i'm not a good motivator.. For me, klu dia stay kat post sama, dia dah tak happy. Better you just approve, then she still at here.. if not, she will give you resigning letter.. lagi haru..

Thursday, March 10, 2011

ISTIDRAJ

Soalan:
"Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

Jawapan :
"Kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu
bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok
sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan
menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia
bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti
bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Selalu ada yang bertanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa
yang diimpikan. Jawapannya ialah itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya
Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus
berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara
hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat,
kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg
Esa.

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian
itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),
ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian
di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan
berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa
sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur
hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,
kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila
kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati
juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka,
takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi
tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan
semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj -
Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah
menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu
siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab
malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang
mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku,
katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan
untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah
menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua
sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)


Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau
merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendakmembinasakannya, Allah
berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi
kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi
dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia
begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan
seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini
sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor
unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat
terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya
binasa juga. Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah
segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan
orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan
oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah
bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang
besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu
kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya
yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk
menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari
hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila
dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan
dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala
limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai
Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya
selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.


"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W
bersabda:


" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Tuesday, March 8, 2011

CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU

CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Teta[i pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

**Selamat menyambut hari wanita buat semua wanita2 diluar sana...

Monday, March 7, 2011

Family Gathering - Part 3

Salam...

Semalam bersamaan ahad, 6/3/2011 selamat berlangsung perjumpaan keluarga buat kali ke-3 di Bandar Baru Bangi... Tp kali ni tak sempat nak snap gmbr.. masing2 dah lapar, sampai je terus ngap.. lupa nak amik gmbr...

Perjumpaan kali ni, kak na sekeluarga tak join sebab A ja kena kerja...

Sambil tu sempat la beli kek dan celebrate Birthday Mama Imani yang jatuh pada 28/2 dan jugak smbt birthday Imani & Along Imani in advance.. Kira sekali kaw-tim la.. heheh

OK.. Jumpa kat Family Gathering lain lak.. Takde schedule lagi..

Tgu cik Ayu belanja gaji first lak.. hehehe

Tuesday, March 1, 2011

Maher Zain live In Concert Berlalu Sudah :-)

Salam...

Maher Zain Live in Concert telah selamat berlangsung dengan meriah... Kami sampai kat Stadium Malawati pukul 6.30petang, walhal konset mula pukul 8.30mlm.. Punya la semangat nak tengok konsert walaupun saya dan Ain tak masuk.. Tape bagi peluang kat adinda berdua, Ayu & Syakila yang lebih teruja... Maklum la tiket hanya ada 3 keping tp kami pergi 4 orang.. so, 2 orang kena la berkorban... Nasib baik jugak memihak pada kami sebab tiket lagi satu ada pembeli.. klu tak memang burn la tiket tu.. Thanks to kakak n abang yang datang dari Ipoh yang sanggup beli tiket kami tu... Gamble je diorang datang tanpa tiket.. klu tak sia2 je perjalanan 3 jam.. Tp mungkin rezeki anak2 dia nak tengok MZ ni..

haa.. ni la dia tiket konsert tu... harga dia kami bli yg paling murah.. tapi adinda yang masuk kata puas hati.. terhibur.. jadi la...

Ni ada skit gmbr yang saya cilok kat FB Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC).. Maklum la, kami tak de kamera, jd tak leh amik gmbr byk2.. hehehe



Tak byk la gmbr bleg cilok.. heheh..

Ni petikan dari metro klu tak salah... Betul jugak kata diorang, satu album dia semua lagu best.. dgn satu album je MZ bleh wat concert dgn skala besar... plak tu, peminat boleh request lagu apa.. smpi ada lagu dia nyanyi 2 kali.. klu artis lain, even kat m'sia sendiri, mane boleh requset nak soh nyanyi lebih2.. tak de makna nya...

Semua lagu dari albumnya boleh didengar dan bukan hanya satu atau dua lagu saja. Tidak hairanlah hanya bersandarkan satu album, Maher Zain boleh buat konsert berskala besar hingga semua lagu-lagu dari albumnya dipersembahkan pada malam itu bermula dengan Always Be There sebagai pembuka persembahan. Ulasan lanjut konsert ikuti muka tengah hari ini.

Sebagai menghargai sokongan peminatnya di sini, Maher turut merakamkan lagu Insya Allah dalam versi Melayu dan ia disampaikan buat kali pertama di hadapan peminatnya, malam itu. Malah Maher Zain juga memperdengarkan satu lagu baru, Freedom yang diilhamkan perjuangan saudara Islam di Tunisia, Mesir dan Libya.

Maher juga bersedia menyampaikan lagu yang diminta penonton hinggakan lagu For The Rest Of My Life dinyanyikan dua kali, begitu juga Freedom. Itu belum cukup baik kerana Maher Zain menyampaikan lagu Insya Allah tiga kali sepanjang konsertnya dengan versi asal, versi Melayu dan dwi-bahasa duet bersama vokalis Padi, Fadly.

Seorang penyanyi popular yang duduk berhampiran saya sempat mengulas sebelum keluar dari dewan malam itu. Katanya, pertama kali dia menyaksikan penyanyi menyampaikan satu lagu sampai tiga kali dalam satu konsert.

** To Adik La, sorry.. I tak upload lagi gmbr.. nanti I upload, I email you yer..