Monday, December 26, 2011

:: Cerita Disember ::

Dah sebulan takde n3 baru...
bulan ni bz ckit.. balik lmbt malas nak on pc...

1) Dikesempatan ni, nak wish besday kat 4 org anak buah yg lahir bulan disember...
Hepy belated besday semua..
semoga panjang umur, murah rezeki...
Semoga Naya, Mirah, Manis & Ayish jd anak yg baik...

2) Company buat dinner 7 januari nih... yg hampehnye still wat kat opis lama.. konon2 sempat masuk bangunan baru tapi tak siap lagi.. tgu taun depan la yer... Dan yg tak best lagi, tahun ni ada tema, tema 70an & 80an... ada cadangan nak pakai baju apa tak? Klu tak harus je saya pakai baju opis heheheh...

3) Still berkenaan dinner, group kami kena wat performance.. Dan performancenyer ialah Cha Cha Dance.. hahaha.. tarian cha cha... nasib baik la budak2 foreigner nih yang volunteer nak menari... klu tak hari nak pilih sapa... Yg tak best kami kena design baju... saya kena jahit baju... MALAS nyer nak menjahit... lagi 2 minggu lagi, tak buat apa pun lagi.. huhuhu...

4) Kat opis sekarang tak best.. takde geng... semua geng2 saya dah berenti... saya pun merancang jugak tp sayang plak nak tinggal sebab sekarang dah stabil... bos lama & baru pun banyak bagi kepercayaan untuk saya... at least, apa2 diorang akan tanya pendapat saya jugak... tp nak jugak merasa kerja kat tempat lain.. camane ek???

5) Semalam, bersemanagat nak kemas bilik... padahal bilik kecik jah, p amik masa smpi sehari... adus.. penat giler... masa nak susun buku2 tu, saya bersemangat kira.. byk jugak buku2 ni rupanya... tak cukup satu rak, minggu depan kena beli rak lagi satu...


Itu sahaja untuk kali ni... Semoga berjumpa lagi...



**Selamat menyambut Tahun 2012... Semoga dengan kehadiran tahun baru nanti akan memberikan kegembiraan buat kita semua....**

Monday, November 28, 2011

Hikmah di sebalik perbezaan kalendar Hijrah, Masihi

DARIPADA Aisyah, katanya: “Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi Nabi SAW pada hari itu, namun amat perlu sekali bagi Baginda datang juga ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi Baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika Baginda datang ke rumah kami waktu Zuhur, lalu kedatangan Baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar.

Berkata Abu Bakar: Nabi SAW tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting. Ketika Nabi SAW masuk ke tempat Abu Bakar, Baginda bersabda kepadanya: Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar. Berkata Abu Bakar: Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, Aisyah dan Asma’. Sabda Nabi SAW: Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)? Berkata Abu Bakar: Anda perlu teman, ya Rasulullah! Sabda Baginda: Ya, kawan. Berkata Abu Bakar: Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja ku sediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda. Sabda Nabi: Ku ambil seekor dengan harganya.” (Hadis riwayat Bukhari) Orang yang mula-mula menetapkan hijrah sebagai permulaan tarikh dalam Islam ialah Saidina Umar al-Khattab ketika beliau memegang jawatan khalifah iaitu pada tahun 17 hijrah. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada beliau, ada mencadangkan tarikh kelahiran Rasulullah SAW, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul dan ada mencadangkan tahun kewafatan Baginda.

Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui Saidina Umar memandangkan hijrah adalah peristiwa terpenting antara peristiwa lain, seperti mana katanya: “Kita membuat tarikh dengan hijrah Rasulullah SAW kerana hijrahnya itu adalah perbezaan antara yang benar dengan yang batal.”

Pendapat itu disokong oleh Saidina Ali. Sebenarnya, wujud jalinan antara perkiraan tahun masihi dan hijri (Hijrah) kepada umat Islam. Tahun Masihi dikira menurut peredaran matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-Syamsi adalah untuk menentukan musim atau aktiviti manusia. Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai.

Sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat. Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu.

Contohnya musim haji dan puasa. Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk, tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Thursday, November 3, 2011

Besday mek sarah yg mok chek lupa.. :-(

Hepi Belated Birthday Mek sarah...
Ampun yer...
mok chek tak ingat besday mek...
27 Oct...
Ingat tak lepas lagi, rupa2nya skrg dah masuk nov dahhh
Semoga mek jadi anak yang baik & berjaya dalam hidup...
Semoga panjang umur, murah rezeki...

Sunday, October 23, 2011

4 Perkara Sebelum Tidur

SEBELUM tidur, Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an

2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir

3. Sebelum para muslim meridhoi kamu

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh"

Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an." Bismillaahir rohmaanir rohiim,

Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid' walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

2. "Membaca sholawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa'at di hari kiamat“. Bismillaahir rohmaanir rohiim, Allahumma shollii 'alaa Muhammad wa'alaa alii Muhammad (3x)“

3. "Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhoi kamu“. Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan - akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh“.

Bismillaahir rohmaanir rohiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha Illallahu Allahu akbar (3x)


**Kredit to FB Kumpulan Doa-Doa Islam Sehari-hari

Saturday, October 8, 2011

~Akhirnya~

Akhirnya saya berjaya membawa kekasih hati saya dari kepong ke jeram....
dan, bermula esok saya nak bawa blik DBW ke kepong lak..
dan, Isnin saya nak pegi keje dengan kereta saya...
harap segalanya berjalan lancar...

Wednesday, September 28, 2011

Transfer Again...

Saya kena transfer dept lagi...
Planning dept pulak...
dah la planning dah huru hara sekarang...
konon2 dalam ramai2 staff kat Tenaga, diorang nampak saya jer..
yo yo or je GM ni...
konon2 saya yg paling layak...
dah korang hire yang hampeh semua, jd la hampeh...
cuba hire staff yg ada kualiti ckit...
kali ni nak demand...
sy nak keje yg mudah jer...
thanka to Alvin sbb tolong back up saya...
tp apakan daya, management dah decide tak boleh buat apa la...
Jadi la saya Planning Exec instead of Costing Exec...

**Saya lebih suka Costing Exec...

Tuesday, September 27, 2011

UTM - Kenangan Terindah

Tiba2 je dalm mgu ni dok teringat UTM...
yg pasti saya rindu kenangan silam...
byk kenangan yang saya lalui kat UTM..
bak kata Mama Mia,
"w/pun masa tu duit cukup2 makan jer, tp hidup hepi memanjang... tak de nak pening kepala fikir menda lain selain dari study n exam"
skrg duit byk, tp hidup bosan.. keje, keje dan keje...
Terasa nak smbg blik kat UTM tp rasanya tak mampu nak lepaskan apa yg ada...
setakat ni rasa macam dah stabil dari segi kewangan...
Nak buat PJJ, UTM jauh sgtttt...

Wednesday, September 21, 2011

Kekasih hati kesayanganku

Akhirnya, kekasih hati saya sudah datang...
Sebenarnya dah 3 malam kekasih hati saya tu datang KL, tp kami takde masa nak jumpa..
baru tadi saya sempat jumpa kekasih hati saya tu..
kami pegi makan kat Mc Donald AmanPuri...


Ni la wajah samar2 kekasih hati saya tu... maklum la dating tengah malam, gmbr pun kelam la sikit...

Hansome tak kekasih hati pengarang jantung saya ni? hansome kan...

Buat kekasih hati saya, saya nak bagitau satu jer:

"Saya sayang kamu..."

Monday, September 19, 2011

Dari Datuk Dr. Fadilah Kamsah

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."


Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT''

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki,
jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..


Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Saturday, September 17, 2011

Satu Amalan Nilainya Syurga

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,

mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu

berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam

perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap

diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang

bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita

hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur

dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya

cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Monday, September 12, 2011

All The Best

Entry khas buat mereka2 yang sedang berjuang di sekolah...
Selamat menempuh UPSR buat adah, Nuri, Muhammad dan Dalila...
semoga kalian semua berjaya dah hidup...

Tak lupa buat adinda, Ain, selamat menempuh laluan getir untuk menggenggam Sarjana Pendidikan. Semoga terus menjd guru yang cemerlang...

Buat Syakila, selamat kembali ke kampus... Semoga dean list dalam tangan tahun ni...

Buat Ayu, berdoa banyak2 agar ada rezeki untuk sambung dalam master nanti...

Good luck & All the best Buat semua..

Wednesday, August 17, 2011

Jom Baca :)

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”
Cikgu Ajoi :@$%&#^%
Credit to Paman Zamey, KMK Class of 00-01

Tuesday, August 16, 2011

Hatyai Trip :-)

Salam... Dah hampir 2 mgu, hari baru berkesempatan untuk meng'upload' gmbr2 kat sana...

Sebenarnya, kat sana takde tempat yang menarik melainkan untuk shopping.. Harga untuk baju dan makanan2 kat sana boleh la dikatakan murah klu nak compare dengan KL or kelate sekali pun...

Dalam bus.. Tak sah kan klu tak bergambar.. :-)

Sampai je kat Hatyai pagi tu, terus pegi ke Khao Nam Khan. Tak sempat nak mandi or check in hoatel pun... Tempat ni adalah tempat bersejarah. Kira dulu ni kawasan komunis masa dulu2.. Ni dalam terowong bawah tanah.. Penat jugak la kaki nak daki tangga & turun balik ikut terowong ni.. huhu

Ni end point terowong tu...
Pukul 3 petang, check in kat BP plaza.. Baru boleh mandi & tukar baju.. Masa diberi 1jam jer.. huhuh. nasib baik bilik 2 orang. tak berebut sgt bilik air..

Ni kat Floating market. Menarik kat sini, semua peniaga makanan berniaga di atas bot... Dan bekas makanan/minuman diperbuat dari tembikar yang cantik.. Tgk la bekas air dia, ada mcm2 bentuk..
Malam adalah acara bebas.. Apalagi, pusing2 kat pasar.. Tak jauh dari hotel. jalan kaki jer... Dah penat pusing2, cuci mata, habis duit, reaht minum teh hatyai.. lebih kurang teh 3 lapis kat kedai mamak jer...
Ni kat Phatalung, pusing2 tengok teratai dengan bot.. 1 bot 8 orang.. Ni kira tempat pelancongan la.. Kat sini banyak sgt bunga teratai... cantik...
Ni tourist guide, nama dia Salmah a.k.a Wen.. Dia ni org Thai tp penah dok Kedah.. cakap pun loghat kedah...
Lepas tu, pegi pulak kat Tang Kuan Hill.. Kata naik cable car tapi cable car dia sangat kelakar.. dia macam lift je bentuk dia... boleh naik seramai 20 org sekali naik..

Lepas tu pegi kat Dragon Garden. berhenti sekejap je hanya untuk bergambar...
Ni kat Mermaid beach, Samila Beach... Sejarah konon2 yang ikan duyung memang wujud kat Samila beach ni...
Otw balik KL, dinner kat Tanjung Malim... Saya perasan satu benda setiap kali makan, perbezaan makan dengan lelaki melayu & lelaki cina... Klu makan dengan budak2 cina, diorang yang akan cedukkan lauk untuk perempuan.. even kita tak kenal rapat sebab bg diorang, klu pompuan yang ambil sendiri lauk-pauk tu, kita sengaja nak menjatuhkan maruah diorang.. Tp klu lelaki melayu, smpi2 je lauk kat meja, terus masuk mulut.. tak kisah orang lain dpt rasa ke tak... hehehe..

Itu saja untuk kali ni... Klu nak tengok gambar lain sila la ke FB saya...




Monday, August 15, 2011

Cerita-ceriti...

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.
...
Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

::copy dr KMK Class of 00-01, Thanks to Paman Zamey=)

Sunday, August 14, 2011

~Selamat Ulang Tahun buat Semua

Salam...

Alhamdulillah... Hari dah masuk hari ke-14 kita berpuasa...Semoga kita semua diberi kekuatan oleh ALLAH untuk meneruskan hari2 dibulan mulia ni dengan penuh rasa keimanan & kesyukuran...

N3 ni adalah special buat mereka2 yang menyambut ulangtahun kelahiran pada mgu ini.. Bermula dengan :

Kak Na - 14 Ogos

Ridhwan - 15 Ogos

Irah - 17 Ogos
**Irah or Wahidah.. Sorry, m chek lupa..


A Lan - 18 Ogos...

Semoga kalian semua dikurniakan umur yang panjang, rezeki yang melimpah ruah & juga semoga ALLAH S.W.T sentiasa melindungi & merahmati semua...

p/s: nanti kita celebrate sama2 masa buka puasa kat Bangi nanti...

Monday, July 25, 2011

~Preparation to Hatyai~

Dah Lama tak update blog ni... malas yg teramat!!!

Fes time nak gi over the sea.. hahaha

First, kena la ada pasport... Nak buat pasport je abis duit 100.. Tp takpe, bleh guna lagi next year tuk company trip.. Pasport dah ada senang la.... bagi nama jer..

Second, Kena la tukar duit... camane nak shopping klu tak tukar duit kan??? Ni la rupa bentuk duit thai.. bath kan??? ke salah eja? biar la...

ketiga, Tunggu 28hb ni, semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik... Pegi 28hb balik 31hb.. 1hb 8 dah puasa. harap2 sampai awal la malam tu...

**nak tau best je tak, tgu update lepas balik nanti.... :-)

Tuesday, June 21, 2011

Tujuh Kalimah

Sabda Rasulullah S.A.W:
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan
ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu
mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa :)

Entry sempena hari bapa...

Buat semua lelaki yang bergelar bapa dalam keluarga Hj wan Omar,

selamat menyambut hari bapa.
Semoga berjaya mendidik anak2 menjadi seorang yang berjaya dalam hidup baik dalam urusan dunia & akhirat....

Tuesday, June 14, 2011

HAPPY BIRTHDAY

Special Entry to my beloved sister, Wan Hasnurul Ain & beloved nephew, Mohd Rafiq...

HAPPY BIRTHDAY TO BOTH OF YOU...
MAY ALLAH BLESS YOU & OUR FAMILY...
I'll ALWAYS LOVE YOU..

No words can describe how much I LOVE U...
Nobody can replace you in my life...
You're always in my heart...
LOVE YOU FOREVER & EVER...

Wednesday, June 1, 2011

~Rumah Mampu Milik~

Tak ada apa2 posting pun...
doa2 kan la agar saya terpilih untuk membeli rumah mampu milik ni..
klu ada rezeki, ada la..
tp sebelum tu kena lulus 2-3 temuduga dulu...
TQ to A lan yg tolong daftar nama saya kat PKNS Bangi...
Syarat2 dia:-
-Umur 35 tahun ke bawah
- Berpendapatan RM3000 sebulan utk seorang @ RM5000 utk yg berkeluarga
Upacara pecah tanah tuk rumah ni dah pun selesai...
owh.. lokasi dia kat bangi..
dan saya berharap sangat agar saya terpilih antara 200 org yang layak daripada 500 org pemohon setakat Isnin lepas.. Hari ni mesti dah cecah 1000 org kot...
YA ALLAH, semoga engkau murahkan rezeki ke atasku..
Amin...

Thursday, May 19, 2011

Salam...

Ni adalah n3 pertama bulan mei... huwa.. lamanya tak masuk n3 baru.. smpi dah berhabuk dah rumah ni.. huhuh..

OK... Sempena bulan mei ni saya nak ucapkan Selamat Haru guru buat semua adik, abang, kakak2 & kakak ipar2 yang bergelar cikgu...Semoga tabah dan bersemanngat dlm mendidik anak bangsa..

Dan, Untuk Cumie, Selamat hari lahir.. semoga panjang umur, murah rezeki & sentiasa dirahmati ALLAH selalu.. Semoga bahagia di samping keluarga tercinta..

**Sekarang kat tempat kerja saya rasa macam dok kg dulu2.. AIR TAKDE... aduh... payah tul la nak gi toilet.. Kena tadah air dulu kat pantri then kana nagkut masuk dlm toilet tu... mencabar sungguh la.. smpi nak minum air banyak pun tak berani.. sebab nan ti astik nak gi toilet jer.. Dulu minum air masak boleh habis 3 botol yang 1.2L tu, skrg 1 jer.. Sebab nak elak gi toilet byk kali... mencabar sungguh....

Wednesday, April 27, 2011

Ayu's Birthday!!!

Allah Selamatkan kamu...
Allah Selamatkan kamu...
Allah Selamatkan kamu...
Allah Selamatkan Wan Hasni Ayu Wan Omar...
Allah Selamatkan kamu...

Selamat meyambut hari lahir buat adinda, Ayu...
semoga redha ALLAH sentiasa bersamamu dik...
Dan semoga panjang umur, murah rezeki & dikurniakan ketenangan dalam hidup..

Love you so much!!!

Friday, April 22, 2011

Audit yang membosankan..

Heran la naper la orang nak sangat jadi auditor...
saya baru je dilantik menjadi comittee untuk audit tahun ni..
kena lak tuk ISO 9001:2008...
huwa... pennnnnaaaaaaaaaaaatttttttttt sgtttttttttttt...
bila la nak abis audit nih..
sebab nak gi audit lain2 dept. kena byk yg pending...
klu wat audit amik masa sejam tak pe gak. ni sampi setengah hari...
penatnya saya..
pastu semua orang kejar quotation...
dah abis audit kena lak wat report.. satu hal lagi yang ssggggttttt malas nak buat...
tahun depan nak tarik diri la.. biar la tak glamour pun.. penat...
2 hari ni sempat la gi jln2 4 dept.. ada lagi 3-4 dept belum lagi..
ari ni dah skip satu ari..
Dan quotation yg datang lagi la bertimbun2...
esok training.. huhuh...
malasnya saya...

**Hati dah berlari nak gi pesta buku, tp esok training lak smpi kul 5.. adoiiii

Saturday, April 16, 2011

Happy Birthday Adeq La...

Salam...

Hari ni 16/4 merupakan hari lahir adik bongsu saya yang ke-22...


Adik La yang manis, yang cun, yang baik semoga sentiasa berada dibawah rahmatNya selalu...


Selamat Menyambut Hari Lahir... Semoga restu ALLAH sentiasa bersamamu.. InshaALLAH..




**Kita celebrate birthday kat KL nanti deh...

Wednesday, April 13, 2011

~Hikmah Berwuduk~

Ada orang hantor kat saya ni, ia berupa doa2 ketika mengambil wuduk, mungkin anda semua sudah tahu pun. Terimalah sebagai peringatan.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlahmuka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padangMasyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilahdosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengarorangmengumpat,memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Friday, April 8, 2011

Harimau Yang Beriman

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَارَÙƒَاتُÙ‡ُ

""Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat.

Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan.

Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar

dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur

ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK!

Kedua2 kakinya patah.

Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah

HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang

jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang

memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki
tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa,

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar.

Amin! "


Wednesday, April 6, 2011

`Selamat Bersemadi Thewt`

Tadi sampai je kat ofis, member bagitau ada foreigner meninggal dalam tido... saya buat tak tau je la sebab dia tak bagitau sapa... ye la, mana saya tau dal beratus2 foreiner kat kilang tu, mana la kita nak kenal semua orang.. Tp, tak lama lepas tu datang Mee Ling datang bagitau yang meninggal tu store boy kitorang... terkedu kejap... ye la, semalam jumpa elok sembang .. dia sempat buat OT kat packing sampai pukul 10 mlm... tak sangka pagi ni dah meninggal.. kena heart attact masa tido... Dah ajal dia..

Tp mendiang memang seorang yang baik... Nak mintak tolong apa2 senang. cepat je dia tolong.. w/pun BM dia tak fasih & BI dia tunggang langgang, tp dia still nak belajar... dia kat sini baru 3 tahun.. logik la.. mana nak fasih mcm org yang bertahun2 kat sini... dia handle chemical & schedule waste.. pagi2 nampak dia kat schedule waste area mesti senyum & say morning...

Dia seorang yang rajin dan tak berkira bila diminta buat apa2... Sekarang, dah takde orang nak tolong saya ambil wet sample lagi... dah takde orang nak mintak tolong buat apa2 lagi... dah takde orang nak mintak tolong cari ink untuk saya lagi bila urgent...

Selamat Bersemadi thwet...

***p/s: hari ni nama saya terpilih untuk menjadi comitte ISO 9001:2008... sanagt tak best.. nanti asyik kena attend taining la, masuk meeting la.. tak bleh nak enjoy la.. huhu yang dah busy akan jadi super duper busy tambah2 minggu depan ada internal audit, 18-23 April... tak suka la.. :-(

Sunday, April 3, 2011

All The bEst, Cik Ayu

Salam...

N3 khas utk cik Ayu...
All the best ye kat tempat baru..
semoga cepat dpt menyesuaikan diri...
semoga menjadi pekerja yang berdedikasi dan cemerlang..
Nanti kami pergi melawat nada kat A&W Bukit Indah...
Good Luck yer...

Wednesday, March 30, 2011

~Melaka Trip 26-27 March

Salam...

Takde apa yang nak bercerita.. saya bukan orang yang pandai menulis... So, biralah gambar saja yang bercerita...

Jom layanzzz...


Asal cerita camane boleh sampai Melaka.. Bila dah dijemput sampai la kami2 kat Melaka...



Kat Mini Stadium Ayer Keroh.. Klu dah ada muka2 kami ni, maka tak sah la kalau takde gambar... Nak tak nak mesti nak bergambar jugak.. Rasanya lagi meriah kalau adinda 2 orang tu boleh ikut sekali kan... lagi happening...

Ni lak, Along Zafran yang control macho sempat lagi mengorat penari2 bollywood.. Lupa nak bagitau, Tema majlis kat Melaka hari tu ala2 Bollywood.. So, dari awal majlis sampai la akhir majlis, tak dengar pun lagu Selamat Pengantin Baru... Yang ada lagu2 hindustan yang saya tak faham apa maksud dia... Ni la dia penari yang dok bergelek time pengantin sedang bersantap..

Bersama Bonda tersayang...

Acara kitorang pada sebelah malam... Naik Melaka cruise... Konon2 macam kat Venice la.. Naik criuse untuk menyelusuri sungai melaka... Satu je yang tak best, air sungai tu bau BUSUK.... kami dibawa beleyar selama 45 minit...

Sebelum balik KL, kami singgah kat Taman Botani Melaka.. konon2 nak pi zoo, tapi tak jadi sebab takut Rafiq tak sempat sampai sebelum pukul 6... Sewa 2 buah buggy semata2 nak pusing taman ni.. bukan ada apa pun... macam masuk hutan nak tengok pokok... wat kajian tentang nama pokok dan so on.. heheh

Sebenar sewa buggy ni tuk 45minit.. tp disebabkan kitorang ni just pandu lalu jer, tak sampai pun setengah jam dah abis pusing satu taman botani tu...
Dan aktiviti selepas tu sebelum balik apa lagi...

BERGAMBAR!!!

Dan, klu nak tengok gambar lain lagi, sila la ke FB mbak Cumie.. Sebab mbak sorang je yang bawa kamera...

Ok.. Itu saja untuk kali ni..

p/s: Selamat Pengantin baru buat Mat we & Isteri.. Semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa...