Tuesday, August 16, 2011

Hatyai Trip :-)

Salam... Dah hampir 2 mgu, hari baru berkesempatan untuk meng'upload' gmbr2 kat sana...

Sebenarnya, kat sana takde tempat yang menarik melainkan untuk shopping.. Harga untuk baju dan makanan2 kat sana boleh la dikatakan murah klu nak compare dengan KL or kelate sekali pun...

Dalam bus.. Tak sah kan klu tak bergambar.. :-)

Sampai je kat Hatyai pagi tu, terus pegi ke Khao Nam Khan. Tak sempat nak mandi or check in hoatel pun... Tempat ni adalah tempat bersejarah. Kira dulu ni kawasan komunis masa dulu2.. Ni dalam terowong bawah tanah.. Penat jugak la kaki nak daki tangga & turun balik ikut terowong ni.. huhu

Ni end point terowong tu...
Pukul 3 petang, check in kat BP plaza.. Baru boleh mandi & tukar baju.. Masa diberi 1jam jer.. huhuh. nasib baik bilik 2 orang. tak berebut sgt bilik air..

Ni kat Floating market. Menarik kat sini, semua peniaga makanan berniaga di atas bot... Dan bekas makanan/minuman diperbuat dari tembikar yang cantik.. Tgk la bekas air dia, ada mcm2 bentuk..
Malam adalah acara bebas.. Apalagi, pusing2 kat pasar.. Tak jauh dari hotel. jalan kaki jer... Dah penat pusing2, cuci mata, habis duit, reaht minum teh hatyai.. lebih kurang teh 3 lapis kat kedai mamak jer...
Ni kat Phatalung, pusing2 tengok teratai dengan bot.. 1 bot 8 orang.. Ni kira tempat pelancongan la.. Kat sini banyak sgt bunga teratai... cantik...
Ni tourist guide, nama dia Salmah a.k.a Wen.. Dia ni org Thai tp penah dok Kedah.. cakap pun loghat kedah...
Lepas tu, pegi pulak kat Tang Kuan Hill.. Kata naik cable car tapi cable car dia sangat kelakar.. dia macam lift je bentuk dia... boleh naik seramai 20 org sekali naik..

Lepas tu pegi kat Dragon Garden. berhenti sekejap je hanya untuk bergambar...
Ni kat Mermaid beach, Samila Beach... Sejarah konon2 yang ikan duyung memang wujud kat Samila beach ni...
Otw balik KL, dinner kat Tanjung Malim... Saya perasan satu benda setiap kali makan, perbezaan makan dengan lelaki melayu & lelaki cina... Klu makan dengan budak2 cina, diorang yang akan cedukkan lauk untuk perempuan.. even kita tak kenal rapat sebab bg diorang, klu pompuan yang ambil sendiri lauk-pauk tu, kita sengaja nak menjatuhkan maruah diorang.. Tp klu lelaki melayu, smpi2 je lauk kat meja, terus masuk mulut.. tak kisah orang lain dpt rasa ke tak... hehehe..

Itu saja untuk kali ni... Klu nak tengok gambar lain sila la ke FB saya...




No comments:

Post a Comment