Tuesday, July 31, 2012

Sejarah Iblis Yang Bernama Azazil


As-salam...
Saya mendapat artikel ni dari seorang kawan sebagai satu tazkirah ramadhan..
Sama2 lah kita hayati artikel dibawah...

Sejarah Iblis Yang Bernama Azazil

Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada
Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit
pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun.
Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi
imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah
baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.

Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada
riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat
di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada
tercatat satu suratan berkenaan :

“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu
kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari
Kiamat”

Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah
dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang
tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib
mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para
malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat.
Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :

“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”

Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan
kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat
suratan yang menyatakan :

“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan
Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia
tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”

Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat
kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud
memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari
pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.

Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada
Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada
(makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? Israa [61]

Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah
hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan
manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan
lupa daratan.

Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke
bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.

Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan
mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan
memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya) Israa [62]

Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian
siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan
kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Israa [63]

Sunday, July 22, 2012

Doa untuk menghindari rasa malas


Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal.
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl.
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal.
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.


Amin Ya Rabbal Alamin

Wednesday, July 18, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ramadhan bakal menjelma dua hari lagi...
Semoga ALLAH SWT memberi keampunan buat kita semua..
Semoga ramadhan kali ini akan membawa seribu barakah buat kita semua..
Semoga kita semua terpelihara dari segala dugaan & cabaran yang boleh melemahkan iman...
Semoga ALLAH menerima segala amalan kita...

*Ramadhan ke-4 tanpa ayahanda tercinta... 
Genap 3 tahun pemergian ayahanda tercinta...
Semoga damailah dikau disana...
Dikau sentiasa dalam ingatan kami semua...
Al-Fatihah...

Thursday, July 12, 2012

Ragam tempat kerja

As salam...
Setiap pejabat ada ragam masing-masing.. tak kira la swasta ke gomen.. mesti ada hal sendiri kan..
Sama jugak tempat kerja saya.. macam2 ragam dan karenah yang boleh lihat...antaranya :-

1) Discriminasi : - Sapa2 yang masuk marketing & finance. kira heaven la.. tak payah nak buat kerja lebih2 pun takpe.. boleh sembang2, borak2 tanpa sapa berani nak warning even HR sendiri pun diam je.. Kenapa? Sebab, head diorang adalah orang kepercayaan Boss...

2) Kaki Kipas :- Dekat opis saya ada sorang yang betul2 kaki kipas.. Dia boleh buat samapi orng yang kerja 20 tahun dekat company transfer dept as kapasiti dia tak layak jaga dept tu.. Hello, klu tak layak kenapa boleh jadi manager selama sepuluh tahun? Ko yang tak sedar diri, datang baru setahun je, ada hati nak buruk2 kan orang.. kita tengok turn ko lak, bape lama boleh tahan.. so annoying la ko ni...

3) Cantas Mencantas :- Yang ni pun sama gak.. Tapi malang sikit yang ni melibatkan melayu.. dah la melayu 4-5 kerat je kat kilang ni.. Lagi nak cantas satu sama lain.. Padan la ko 2 orang.. Dua2 gila kuasa.. lantak la.. selagi takde kena mengena dengan aku, aku no hal.. cuma jangan cari pasal sudah.. bukan oreang tak tau, ko pun kipas je lebih.. keje hampeh..

4) Curi tulang :- Ingat kat gomen je ke staff ramai curi tulang.. private pun ada jugak tau.. term diorang kat sini "ular".. Maksudnya curi tulang la... Klu dah nak sangat ular, pandai2 la nak hidup.. jangan sampai kantoi sudah..

5) Double Standard :- yang ni management punya hal.. klu kat tempat kerja saya, sapa2 dok kat ofis, heaven la.. pagi, punch card lambat takpe, lunch time sepatut sejam jd dua jam, makan waktu kerja semua takpe.. Tapi klu production, tak boleh.. punch card lambat -potong gaji setengan jam, masuk kena awal 15min sebab kena 5S dulu.., Increament - Opis confirm semua orang dapat.. tp production hampeh.. ada yang langsung takde.. kesian kan diorang.. sepatut management tak boleh buat mcm tu.. klu budak2 production takde, tutup la kilang. sapa nak jalan machine2 tu klu tak pandai nak jaga staff kan???/

Sunday, July 8, 2012

~Terapi Ion~

Terapi ion? Pernah dengar tak? Saya pun baru dengar je dari kawan beberapa minggu yang lepas... Dan petang tadi, dengan penuh semangat saya ngan budak opis pegi... Sampai2 ramai rupanya prng yang datang.. tapi nasib kami baik sebab tak payah tunggu lama..

Terapi ni sebenarnya adalah untuk membuang toksin2 yang yang ada dalam tubuh kita dengan cara tindakbalas ion-ion positif & negatif di dalam air.. Toksin dikeluarkan melalui tapak kaki.. Perubahan warna pada air membuktikan sisa-sisa toksin yang dikeluarkan dari badan kita..

Tak percaya? tgk gambar kat bawah ni:-

Ni air paip biasa yang dicampurkan dengan garam.. Garam akan bertindakbalas dengan alat elecktric yang digunakan untuk mengelurakan toksin...

Selepas beberapa minit, kelihatan ada buih-buih putih menandakan badan banyak asid & juga gastrik.. Mungkin betul andaian dia sebab saya selalu skip time makan.. makan tak tentu masa menyebabkan asid perut berlebihan dan terdedah pada gastrik.
Hampir setengah jam, kelihatan minyak2 kuning.. dia kata sebab badan banyak kolestrol... ini pun mungkin betul, sebab pemakanan saya lebih pada yang bergoreng & minyak...
Ni hasil selepas sejam.. Dalam air dari kaki saya keluar yang kaler hijau gelap, coklat kelabu & kuning berminyak...
 Bila tengok balik dalam air tu, rasa macam geli jer.. mcm dari air longkang.. dia cakap ni adalah dari pemakanan kita..

Saya tau tempat ni dari Mimi.. Dia yang bagitau kami.. dia dah pegi empat kali dan hasil dia, dia kata badan dia tak cepat letih.. Mak dia jugak.. setiap kali pegi hospital check darah, mesti susah nak drip sebab darah pekat.. Tp lepas beberapa kali dia buat terapi ni, darah dah ok sampai doktor tanya.. then dia bagitau pasal terapi, doktor kata boleh terus kan, tak memudaratkan..

Ni baru first tiem saya pegi, so, tak boleh cakap ada perubahan ke tak.. tgu dah pegi beberapa kali baru tau hasilnya...

Apa2 pun, kita hanya berusaha untuk kesihatan kita dan segalanya bertawakkal kepada ALLAH SWT..