Wednesday, September 28, 2011

Transfer Again...

Saya kena transfer dept lagi...
Planning dept pulak...
dah la planning dah huru hara sekarang...
konon2 dalam ramai2 staff kat Tenaga, diorang nampak saya jer..
yo yo or je GM ni...
konon2 saya yg paling layak...
dah korang hire yang hampeh semua, jd la hampeh...
cuba hire staff yg ada kualiti ckit...
kali ni nak demand...
sy nak keje yg mudah jer...
thanka to Alvin sbb tolong back up saya...
tp apakan daya, management dah decide tak boleh buat apa la...
Jadi la saya Planning Exec instead of Costing Exec...

**Saya lebih suka Costing Exec...

Tuesday, September 27, 2011

UTM - Kenangan Terindah

Tiba2 je dalm mgu ni dok teringat UTM...
yg pasti saya rindu kenangan silam...
byk kenangan yang saya lalui kat UTM..
bak kata Mama Mia,
"w/pun masa tu duit cukup2 makan jer, tp hidup hepi memanjang... tak de nak pening kepala fikir menda lain selain dari study n exam"
skrg duit byk, tp hidup bosan.. keje, keje dan keje...
Terasa nak smbg blik kat UTM tp rasanya tak mampu nak lepaskan apa yg ada...
setakat ni rasa macam dah stabil dari segi kewangan...
Nak buat PJJ, UTM jauh sgtttt...

Wednesday, September 21, 2011

Kekasih hati kesayanganku

Akhirnya, kekasih hati saya sudah datang...
Sebenarnya dah 3 malam kekasih hati saya tu datang KL, tp kami takde masa nak jumpa..
baru tadi saya sempat jumpa kekasih hati saya tu..
kami pegi makan kat Mc Donald AmanPuri...


Ni la wajah samar2 kekasih hati saya tu... maklum la dating tengah malam, gmbr pun kelam la sikit...

Hansome tak kekasih hati pengarang jantung saya ni? hansome kan...

Buat kekasih hati saya, saya nak bagitau satu jer:

"Saya sayang kamu..."

Monday, September 19, 2011

Dari Datuk Dr. Fadilah Kamsah

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."


Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT''

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki,
jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..


Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Saturday, September 17, 2011

Satu Amalan Nilainya Syurga

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,

mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal

(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu

berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam

perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap

diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang

bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita

hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur

dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya

cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Monday, September 12, 2011

All The Best

Entry khas buat mereka2 yang sedang berjuang di sekolah...
Selamat menempuh UPSR buat adah, Nuri, Muhammad dan Dalila...
semoga kalian semua berjaya dah hidup...

Tak lupa buat adinda, Ain, selamat menempuh laluan getir untuk menggenggam Sarjana Pendidikan. Semoga terus menjd guru yang cemerlang...

Buat Syakila, selamat kembali ke kampus... Semoga dean list dalam tangan tahun ni...

Buat Ayu, berdoa banyak2 agar ada rezeki untuk sambung dalam master nanti...

Good luck & All the best Buat semua..