Coretan & catatan disini adalah sebagai ingatan dan pedoman buat diriku dalam mengharungi hidup dimuka bumi ini.
Sunday, August 18, 2013
Wasiat Imam Shafie
beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Credit: Koleksi Short Note Ustaz Azhar Idrus (FB Ahmad As Salory)
Friday, March 8, 2013
Kisah Kaabah Yang Tidak Di Ketahui Ramai
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, l...ambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Sumber: FB
Sunday, October 14, 2012
100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Bersabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila membuat perancangan;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati tenggelam dalam
kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri hati di atas kejayaan
orang;
10. Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu
kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang
melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa
kecil;
22. Perbanyakkan berkunjung ke rumah Allah
(masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu';
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada
Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak
berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah
kerana Allah;
33. Berlatihlah mengawal fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan
mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi
kerana sesuatu sebab ;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlalu takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlalu takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyakkan silaturrahim;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Beristeri/bersuami/berpoligami kalau sudah siap
segala-galanya;
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan
waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
53. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;
55. Hormatilah guru dan ulama;
56. Sering berselawat ke atas nabi;
57. Cintai keluarga Nabi saw;
58. Jangan terlalu banyak berhutang;
59. Jangan terlalu mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang
tidak bermanfaat seperti mengucapkan ungkapan
yang tidak berguna;
62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah
mampu;
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada
kita;
66. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan
membalas kejahatan dengan;
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan
pendiriannya;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus-terang dalam
menentukan sesuatu pilihan;
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah
mereka yang mendapat kesulitan;
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh
keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada
kita;
79. Ambilah pengajaran dari pengalaman orang-orang arif
dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang
sudah dilakukan;
81. Jangan bersedih kerana miskin dan jangan
sombong kerana kaya;
82. Jadilah manusia yang selalu berbakti kepada
agama, bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula
kelebihan orang lain;
84. Jangan membuat orang lain menderita dan
sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau jangan berkata
apa-apa;
86. Hargai pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk hiburan dan
kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun orang yang
bersangkutan tidak menyenangkan;
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
dengan batas-batas agama dan keadaan diri kita;jgn pakai soluar pendek & skirt Ramlah Ram
90. Jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan
fizikal atau mental kita terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan
pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang
lain terganggu dan jangan berkata sesuatu
yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk
berkaitan dengan teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
kewajiban;
96. Sambutlah huluran tangan setiap orang(muhrim) dengan
penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu
yang diluar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap ujian, dugaan dan
cabaran. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
100 Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan
memiskinkan orang;
Monday, September 10, 2012
Tuesday, July 31, 2012
Sejarah Iblis Yang Bernama Azazil
As-salam...
Saya mendapat artikel ni dari seorang kawan sebagai satu tazkirah ramadhan..
Sama2 lah kita hayati artikel dibawah...
Sejarah Iblis Yang Bernama Azazil
Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada
Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit
pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun.
Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi
imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah
baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.
Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada
riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat
di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.
Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada
tercatat satu suratan berkenaan :
“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu
kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari
Kiamat”
Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah
dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang
tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib
mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para
malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat.
Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan
kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat
suratan yang menyatakan :
“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan
Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia
tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”
Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat
kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud
memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari
pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.
Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada
Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada
(makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? Israa [61]
Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah
hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan
manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan
lupa daratan.
Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke
bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.
Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan
mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan
memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya) Israa [62]
Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian
siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan
kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Israa [63]
Tuesday, April 3, 2012
Kehebatan Al-Quran
Lantas Ibnu Mas’ud pun menasihatinya: “Kalau itu penyakit yang sedang menimpamu, maka bawalah dirimu mengunjungi tiga tempat ini. Pertama, datanglah ke tempat orang yang sedang membaca al-Quran. Di sana kamu akan ikut sama membaca al-Quran atau cukuplah sekadar kamu mendengar bacaan al-Quran dengan khusyuk. “Kedua, pergilah kamu ke tempat majlis ilmu yang akan mengingatkan hatimu kepada Allah Yang Maha Agung. Ketiga, carilah tempat yang sunyi di malam yang sepi. Di sana kamu hendaklah menyendiri bersama Allah SWT pada waktu malam yang gelap gelita untuk kamu mendirikan solat tahajud, lalu kamu mohonlah kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kesucian hati.” Setelah orang itu kembali ke rumahnya, nasihat sahabat Rasulullah SAW itu terus diamalkannya. Dia mengambil wuduk dengan sempurna, lalu mengambil al-Quran. Dia terus membacanya dengan penuh tertib dan khusyuk.
Selesai membaca al-Quran, berubahlah jiwanya menjadi lebih tenang, fikirannya pun lebih tenteram dan kegelisahan jiwanya pun hilang berkat bacaan al-Quran. Begitulah al-Quran sebagai ubat penawar seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dalam al-Quran ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Surah al-Israk, ayat 82)
Demikianlah kedudukan dan kelebihan al-Quran di sisi Allah SWT yang padat dengan wahyu Ilahi seumpama sinaran cahaya menerangi kehidupan manusia sejagat ke arah kesejahteraan hidup dunia dan kebahagiaan akhirat.
Sesiapa berpegang teguh dengan ajaran terkandung di dalamnya, maka dia akan berbahagia, sebaliknya sesiapa yang menolak atau meninggalkan ajaran al-Quran, dia termasuk dalam kalangan manusia tersesat.
Dalam hal ini, Ibnu Taimiyyah pernah menegaskan sesiapa tidak membaca al-Quran bermakna dia meninggalkannya (menjauhkannya). Begitu juga sesiapa yang membaca al-Quran tetapi tidak pula memahami maknanya, dia juga meninggalkan al-Quran dan sesiapa yang membaca al-Quran dan memahami maknanya tetapi tidak mengamalkannya pula, dia tetap juga meninggalkan al-Quran.
Membicarakan kelebihan al-Quran, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Kepada kaum yang suka berjemaah di rumah ibadah, membaca al-Quran secara bergilir-gilir dan saling mengajarkan antara sesama mereka, akan turunlah kepada mereka ketenangan dan ketenteraman, dilimpahi juga kepada mereka rahmat Ilahi yang tidak terhitung, dipelihara oleh Malaikat dan Allah SWT akan sentiasa mengingati mereka.” (Hadis riwayat Muslim)
Justeru, Rasulullah SAW menganjurkan setiap penghuni rumah Muslim menghiasi rumah dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran. Rumah yang tidak dibaca di dalamnya ayat al-Quran, akan banyak berlaku keburukan perilaku, kegersangan jiwa dan juga kesempitan pandangan hidup.
Setiap Muslim dianjurkan sentiasa membaca al-Quran selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran (membaca dan memahami maknanya) dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari)
Kesimpulannya, setiap Muslim wajib bermuhasabah dan menilai diri apakah kita sudah benar-benar melaksanakan kewajipan kita terhadap al-Quran, iaitu bermula dengan keimanan yang tulus terhadap kebenaran al-Quran, kemudian membaca al-Quran dengan elok berserta adabnya, memahami dan menghayati isi kandungannya dengan kefahaman yang syumul dan seterusnya menterjemahkan isi kandungan al-Quran dalam ruang lingkup kehidupan yang serba mencabar.
Kredit to Berita Harian
Sunday, January 29, 2012
PETUA IMAM SYAFIE
PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai har...uman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
Monday, November 28, 2011
Hikmah di sebalik perbezaan kalendar Hijrah, Masihi
Berkata Abu Bakar: Nabi SAW tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting. Ketika Nabi SAW masuk ke tempat Abu Bakar, Baginda bersabda kepadanya: Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar. Berkata Abu Bakar: Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, Aisyah dan Asma’. Sabda Nabi SAW: Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)? Berkata Abu Bakar: Anda perlu teman, ya Rasulullah! Sabda Baginda: Ya, kawan. Berkata Abu Bakar: Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja ku sediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda. Sabda Nabi: Ku ambil seekor dengan harganya.” (Hadis riwayat Bukhari) Orang yang mula-mula menetapkan hijrah sebagai permulaan tarikh dalam Islam ialah Saidina Umar al-Khattab ketika beliau memegang jawatan khalifah iaitu pada tahun 17 hijrah. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada beliau, ada mencadangkan tarikh kelahiran Rasulullah SAW, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul dan ada mencadangkan tahun kewafatan Baginda.
Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui Saidina Umar memandangkan hijrah adalah peristiwa terpenting antara peristiwa lain, seperti mana katanya: “Kita membuat tarikh dengan hijrah Rasulullah SAW kerana hijrahnya itu adalah perbezaan antara yang benar dengan yang batal.”
Pendapat itu disokong oleh Saidina Ali. Sebenarnya, wujud jalinan antara perkiraan tahun masihi dan hijri (Hijrah) kepada umat Islam. Tahun Masihi dikira menurut peredaran matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).
Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-Syamsi adalah untuk menentukan musim atau aktiviti manusia. Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai.
Sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat. Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu.
Contohnya musim haji dan puasa. Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk, tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Sunday, October 23, 2011
4 Perkara Sebelum Tidur
SEBELUM tidur, Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. Sebelum para muslim meridhoi kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh"
Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
1. "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an." Bismillaahir rohmaanir rohiim,
Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid' walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)
2. "Membaca sholawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa'at di hari kiamat“. Bismillaahir rohmaanir rohiim, Allahumma shollii 'alaa Muhammad wa'alaa alii Muhammad (3x)“
3. "Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhoi kamu“. Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)
4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan - akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh“.
Bismillaahir rohmaanir rohiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha Illallahu Allahu akbar (3x)
**Kredit to FB Kumpulan Doa-Doa Islam Sehari-hari
Monday, September 19, 2011
Dari Datuk Dr. Fadilah Kamsah
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungkan lah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT''
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
Saturday, September 17, 2011
Satu Amalan Nilainya Syurga
Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
untuk hamba ciptaanNya.
Tuesday, June 21, 2011
Tujuh Kalimah
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan
ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu
mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!
Wednesday, April 13, 2011
~Hikmah Berwuduk~
Ada orang hantor kat saya ni, ia berupa doa2 ketika mengambil wuduk, mungkin anda semua sudah tahu pun. Terimalah sebagai peringatan.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlahmuka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padangMasyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilahdosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengarorangmengumpat,
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.