Saturday, September 29, 2012

Guilin- Day 2 (24/8/12)

Entry yang dah jadi pekasam! 

Hari Ke-2,
Tepat jam 8.00 pagi, kami  check out dari Sunshine Dynasti Hotel menuju ke Youngshou. Youngshou adalah salah satu bandar kecil yang mane perjalanannya mengambil masa 2-3 jam dari Guilin. Sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan gunung ganang yang menakjubkan... No wonder, my colleague said that Guilin have a very nice scenery but not for shopping ... The popular place for shopping is Guangzhou, Shang Hai & Beijing...

Ni dekat Golden Silver Cave.. Nama penuh dah tak ingat la... Ada yang kata tempat ni lebih kurang ngan Gua Tempurung, tp disebabkan saya tak pernah samapi kat Gua Tempurung, tak boleh nak buat comparison...

Antara kehijauan yang menakjubkan. Bila tengok real nampak sangat cantik.
Lepas kat Gua Tempurung, aktiviti berakit.. Kesian pakcik tu.. penat dia nak kayuh rakit tu bila lawan arus sungai..
Cara mudah orang sini tangkap ikan.. guna je burung Raja Udang (klu tak salah nama la), Ikat tali kat leher burung ti them lepas dalam sungai.. Dah dapat ikan, burung tu pegi kat tuan dia, then tuan dia cekik leher burung untu keluarkan ikan. Kejamkan.
Satu-satunya toilet yang takde pintu kami jumpa.. Bila nak tunai hajat, sorang akan tunggu dekat lura sebagai pengawal :-)


Destinasi ke-tiga untuk hari kedua.. Kali ni naik kapal besar cuma beza sungai je.. Sungai ni pun dikelilingi pemandangan yang Indah...

Satu-satunya pasar malam yang kami pergi separuh jalan.. bila tengok orang ramai sanagt, ramai yg suggest untuk patah balik sebab takut ada kejadian yang tak diingini..

*Part 3 tunggu lain kali lak.. maklum la pakai berukbeng, limited la sikit dia nyer usage.. lagi nak upload gambar.. letih nak tunggu...
**Local trip kali ni pergi Betong, Thailand.. first time dengar nama Betong, klu hatyai & Danok tu penah dengar. cuma kali ni pegi 2D1N jer...


Monday, September 10, 2012

Rahsia Garam


Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kec
il oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
 
Kredit : FB Janji Allah Itu Pasti

Friday, September 7, 2012

DBW7314- Setahun sudah


Hari ni DBW7314 dah berumur setahun..
Alhamdullilah dalam masa setahun ni tak banyak meragam..
dan berdoa semoga dia sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hingga ke akhir hayat...


Bersama kekasih hati, :-)

Thursday, September 6, 2012

Doa Bertemu Jodoh (Untuk wanita)

Jalan-jalan kat blog resepirahsiaku.com, 
terjumpa la doa ni...

dan banyak lagi doa2 yang patut kita jadikan amalan harian yang ada kat blog tu...
Sama2 la kita baca dan amalkan..
semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat & kasih sayang-NYA.


Saturday, September 1, 2012

Cleaner yang berjaya

Gotong royong secara paksa??
Kat sini, boleh aje...
Takde apa yang pelik pun...
sepatut hari sabtu keje sampai pukul 1 je tapi hari ni kena stay sampai pukul 5.30..
klu tak, consider absent..
giler kejam la diorang ni...
So, kena la jadi cleaner yang berjaya hari ni..
setelah bertungkus-lumus akhirnya jam 5.30 petang,
semuanya dapat diselesaikan dengan jayanya..
Kami kat Planning Dept kena buat cleaning kat New Plant..
So, kami bertiga pilih Training Room...


Tp yang tak puas hati, ah settle kita punya,
kena lak tolong orang lain plak.
Yg paling tak puas hati marketing langsung tak buat..
diorang boleh je wat keje diorang..
apa diaorang je ke ada keje?
orang lain makan gaji buta???
Ni la yg buat kami lain marah..
Dan GM yg terlampau cerdik buat tak nampak jer...
maklum la marketing tu dia punya orang..
dan saya nak bagitau kat GM tersayang,
saya benci tengk muka kamu yang bermuka2 itu..
sayalagi happy kerja klu kamu takde kat opistu..
tak payah nak bermuka2 kat orang lain yang kamu tu org baik..
menyampah...