Saturday, September 29, 2012

Guilin- Day 2 (24/8/12)

Entry yang dah jadi pekasam! 

Hari Ke-2,
Tepat jam 8.00 pagi, kami  check out dari Sunshine Dynasti Hotel menuju ke Youngshou. Youngshou adalah salah satu bandar kecil yang mane perjalanannya mengambil masa 2-3 jam dari Guilin. Sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan gunung ganang yang menakjubkan... No wonder, my colleague said that Guilin have a very nice scenery but not for shopping ... The popular place for shopping is Guangzhou, Shang Hai & Beijing...

Ni dekat Golden Silver Cave.. Nama penuh dah tak ingat la... Ada yang kata tempat ni lebih kurang ngan Gua Tempurung, tp disebabkan saya tak pernah samapi kat Gua Tempurung, tak boleh nak buat comparison...

Antara kehijauan yang menakjubkan. Bila tengok real nampak sangat cantik.
Lepas kat Gua Tempurung, aktiviti berakit.. Kesian pakcik tu.. penat dia nak kayuh rakit tu bila lawan arus sungai..
Cara mudah orang sini tangkap ikan.. guna je burung Raja Udang (klu tak salah nama la), Ikat tali kat leher burung ti them lepas dalam sungai.. Dah dapat ikan, burung tu pegi kat tuan dia, then tuan dia cekik leher burung untu keluarkan ikan. Kejamkan.
Satu-satunya toilet yang takde pintu kami jumpa.. Bila nak tunai hajat, sorang akan tunggu dekat lura sebagai pengawal :-)


Destinasi ke-tiga untuk hari kedua.. Kali ni naik kapal besar cuma beza sungai je.. Sungai ni pun dikelilingi pemandangan yang Indah...

Satu-satunya pasar malam yang kami pergi separuh jalan.. bila tengok orang ramai sanagt, ramai yg suggest untuk patah balik sebab takut ada kejadian yang tak diingini..

*Part 3 tunggu lain kali lak.. maklum la pakai berukbeng, limited la sikit dia nyer usage.. lagi nak upload gambar.. letih nak tunggu...
**Local trip kali ni pergi Betong, Thailand.. first time dengar nama Betong, klu hatyai & Danok tu penah dengar. cuma kali ni pegi 2D1N jer...


No comments:

Post a Comment