Showing posts with label Apa-apa Aje. Show all posts
Showing posts with label Apa-apa Aje. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Yee Theng Wedding

First time attend Chinese wedding dinner ...
Semua dah jadi mcm piranha dah... tak sampai lima minit semua dah ilang masuk perut...last dish yang last2 je slow sikit...semuaa da lebih kurang 10 hidangan...

 start majlis... pengantin & family kat atas pntas & diorang laung "Yammm Sey" or something like that.. tak reti nak eja...heheh.. mcm ucapan utk selamat... then, pengantin akan melawat dri meja ke meja utk ucap terima kasih..
 inilah minuman lembut kami mlm tadi... hehe.. 

goodies yang simple... ada 2 biji gula2 je dalam tu...
Tak mcm malay punya,mcm2 isi...

p/s: ada masa nanti update pengalaman gi USS... Sekarang,malas mau tulis :-)


Saturday, May 11, 2013

PRU13 & Company Trip

Semiggu sebelum PRU,
 kat opis semua dok cerita pasal ni je...
PRU13 dah pun tamat...
cerita2 pasal PRU pun dah selesai..
yang menang, sila la jalan kan t/jawap anda pada rakyat...
yang kalah takpe, cuba lagi masa PRU14...

Dan dengan keluarnya email pengesahan company trip,
dengan tiba2 cerita pasal PRU dah tenggelam...
yang ad sekarang hanyala pasal Taiwan, Macau & Bali...
sape yang pegi, sapa yang dapat free, sapa yang kena bayar...
Dan, petang tadi keluar memo tempat yang confirm..
dan akan sampai la kami ke Taiwan, INSHAALLAH...
Disebabkan, sambutan yang menggalakkan, kena la bahagi kepada 2 trip..
1st trip pada 30/8 - 3/9 & 2nd trip, semiggu selepas...

Maknanya, tahun ni saya akan keluar malaysia sebanyak 3x..
Medan- Bulan 3, S'pore-Bulan 6, Taiwan-bulan 8...
Harap2 semua berjalan lancar... Insha ALLAH...

Sunday, April 14, 2013

PR Vs BN

PRU13 kurang lebih 3 minggu saja lagi..
sekarang perang bendera dah pun bermula..
perang poster belum lagi, yang tu kena tunggu selepas 20 April, hari penamaan calon...
haa. masa tu perang poster akan bermula dengan rancaknya...
sekarang macam2 janji (menifesto) dari kedua-dua pihak dah pun diuar-uarkan..
utk ketelusan cerita, TV bukan lagi medium yang sesuai... internet adalah pilihan utama..
macam2 berita, macam2 cerita boleh baca...
dan kita sebagai rakyat marhaen yang akan menentukan siapa yang akan ke Putrajaya...
KITA yang menentukan siapa yang layak...
samada BN akan kekal ataupun PR akan mengambil alih putrajaya untuk tempoh masa lima tahun ni...
dan keputusan akan diketahui 5 mei nanti...
tunggu, tunggu dan tunggu...


Sunday, January 27, 2013

15 Rabi'ul Awwal 1434H

Hari ni hari Ahad, 27 jan 2013 bersamaan 15 Rabi'ul awwal 1434H...
untuk n3 kedua tahun 2013...
sangat mengada2 nak buat n3 walaupun tak tahu nak tulis apa...hohoh

Friday, December 14, 2012

Kereta Hebat

Malam td bawak harith keluar..
hantar keropok lekor yang member kirim masa balik kg...
Ni dialog ngan harith

Mok Chek: Kita nak gi mane ni?
Ayih:Jalan2 naik kete hebat..
Mok Chek: Kete hebat sape?
Ayih: kete hebat mok chek la...

Haha.. hebat betul la kete mok chek ngan cik do..
rugi sape2 tak beli persona..
klu tak jadi kete hebat :-)

Sunday, November 25, 2012

Cara utk Off Game Notification kat FB

Ramai sgt yang suka hantar request game ni..
menyampah betul..
Sebelum ni saya tak tau camane nak off kan notification tu..
satu hari tu, dok godek2 komputer, jumpa jugak cara dia..
sekarang dah sepi dah FB saya dari notification yang ntah apa2 tu..
nak tau step dia? 
Refer kat bawah 

First: Click x kat notification

                                         
2nd: Click Turn Off


3rd: Selesai...


 Selamat mencuba... Lepas ni dah clear dah notification tuk game.. :-)

Thursday, May 24, 2012

Ciri-ciri Suami Yang Sangat Awesome...

Tadi ada someone yang share benda ni kat FB.. memang sgt2 awesome... Bersyukur sgt2 la klu dapat suami yang ada ciri2 mcm ni...

Antara ciri2 suami yang awesome mengikut pandangan Ust. Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu
. (Paling penting- antara ciri2 yang saya ingin kan.. sebab klu tengok keadaan sekarang, ramai yang takde ciri2 ni...)
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns

 ( dipetik dari koleksi ceramah Ustaz Azhar Idrus )