Tuesday, July 31, 2012

Sejarah Iblis Yang Bernama Azazil


As-salam...
Saya mendapat artikel ni dari seorang kawan sebagai satu tazkirah ramadhan..
Sama2 lah kita hayati artikel dibawah...

Sejarah Iblis Yang Bernama Azazil

Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada
Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit
pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun.
Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi
imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah
baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.

Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada
riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat
di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada
tercatat satu suratan berkenaan :

“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu
kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari
Kiamat”

Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah
dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang
tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib
mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para
malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat.
Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :

“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”

Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan
kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat
suratan yang menyatakan :

“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan
Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia
tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”

Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat
kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud
memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari
pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.

Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada
Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada
(makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? Israa [61]

Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah
hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan
manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan
lupa daratan.

Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke
bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.

Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan
mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan
memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya) Israa [62]

Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian
siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan
kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Israa [63]

No comments:

Post a Comment