Sunday, July 8, 2012

~Terapi Ion~

Terapi ion? Pernah dengar tak? Saya pun baru dengar je dari kawan beberapa minggu yang lepas... Dan petang tadi, dengan penuh semangat saya ngan budak opis pegi... Sampai2 ramai rupanya prng yang datang.. tapi nasib kami baik sebab tak payah tunggu lama..

Terapi ni sebenarnya adalah untuk membuang toksin2 yang yang ada dalam tubuh kita dengan cara tindakbalas ion-ion positif & negatif di dalam air.. Toksin dikeluarkan melalui tapak kaki.. Perubahan warna pada air membuktikan sisa-sisa toksin yang dikeluarkan dari badan kita..

Tak percaya? tgk gambar kat bawah ni:-

Ni air paip biasa yang dicampurkan dengan garam.. Garam akan bertindakbalas dengan alat elecktric yang digunakan untuk mengelurakan toksin...

Selepas beberapa minit, kelihatan ada buih-buih putih menandakan badan banyak asid & juga gastrik.. Mungkin betul andaian dia sebab saya selalu skip time makan.. makan tak tentu masa menyebabkan asid perut berlebihan dan terdedah pada gastrik.
Hampir setengah jam, kelihatan minyak2 kuning.. dia kata sebab badan banyak kolestrol... ini pun mungkin betul, sebab pemakanan saya lebih pada yang bergoreng & minyak...
Ni hasil selepas sejam.. Dalam air dari kaki saya keluar yang kaler hijau gelap, coklat kelabu & kuning berminyak...
 Bila tengok balik dalam air tu, rasa macam geli jer.. mcm dari air longkang.. dia cakap ni adalah dari pemakanan kita..

Saya tau tempat ni dari Mimi.. Dia yang bagitau kami.. dia dah pegi empat kali dan hasil dia, dia kata badan dia tak cepat letih.. Mak dia jugak.. setiap kali pegi hospital check darah, mesti susah nak drip sebab darah pekat.. Tp lepas beberapa kali dia buat terapi ni, darah dah ok sampai doktor tanya.. then dia bagitau pasal terapi, doktor kata boleh terus kan, tak memudaratkan..

Ni baru first tiem saya pegi, so, tak boleh cakap ada perubahan ke tak.. tgu dah pegi beberapa kali baru tau hasilnya...

Apa2 pun, kita hanya berusaha untuk kesihatan kita dan segalanya bertawakkal kepada ALLAH SWT..




No comments:

Post a Comment