Thursday, March 10, 2011

ISTIDRAJ

Soalan:
"Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

Jawapan :
"Kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu
bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok
sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan
menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia
bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti
bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Selalu ada yang bertanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa
yang diimpikan. Jawapannya ialah itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya
Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus
berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara
hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat,
kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg
Esa.

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian
itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),
ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian
di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan
berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa
sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur
hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,
kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila
kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati
juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka,
takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi
tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan
semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj -
Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah
menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu
siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab
malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang
mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku,
katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan
untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah
menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua
sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)


Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau
merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendakmembinasakannya, Allah
berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi
kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi
dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia
begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan
seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini
sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor
unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat
terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya
binasa juga. Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah
segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan
orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan
oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah
bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang
besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu
kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya
yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk
menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari
hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila
dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan
dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala
limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai
Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya
selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.


"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W
bersabda:


" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

No comments:

Post a Comment