Tuesday, March 1, 2011

Maher Zain live In Concert Berlalu Sudah :-)

Salam...

Maher Zain Live in Concert telah selamat berlangsung dengan meriah... Kami sampai kat Stadium Malawati pukul 6.30petang, walhal konset mula pukul 8.30mlm.. Punya la semangat nak tengok konsert walaupun saya dan Ain tak masuk.. Tape bagi peluang kat adinda berdua, Ayu & Syakila yang lebih teruja... Maklum la tiket hanya ada 3 keping tp kami pergi 4 orang.. so, 2 orang kena la berkorban... Nasib baik jugak memihak pada kami sebab tiket lagi satu ada pembeli.. klu tak memang burn la tiket tu.. Thanks to kakak n abang yang datang dari Ipoh yang sanggup beli tiket kami tu... Gamble je diorang datang tanpa tiket.. klu tak sia2 je perjalanan 3 jam.. Tp mungkin rezeki anak2 dia nak tengok MZ ni..

haa.. ni la dia tiket konsert tu... harga dia kami bli yg paling murah.. tapi adinda yang masuk kata puas hati.. terhibur.. jadi la...

Ni ada skit gmbr yang saya cilok kat FB Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC).. Maklum la, kami tak de kamera, jd tak leh amik gmbr byk2.. hehehe



Tak byk la gmbr bleg cilok.. heheh..

Ni petikan dari metro klu tak salah... Betul jugak kata diorang, satu album dia semua lagu best.. dgn satu album je MZ bleh wat concert dgn skala besar... plak tu, peminat boleh request lagu apa.. smpi ada lagu dia nyanyi 2 kali.. klu artis lain, even kat m'sia sendiri, mane boleh requset nak soh nyanyi lebih2.. tak de makna nya...

Semua lagu dari albumnya boleh didengar dan bukan hanya satu atau dua lagu saja. Tidak hairanlah hanya bersandarkan satu album, Maher Zain boleh buat konsert berskala besar hingga semua lagu-lagu dari albumnya dipersembahkan pada malam itu bermula dengan Always Be There sebagai pembuka persembahan. Ulasan lanjut konsert ikuti muka tengah hari ini.

Sebagai menghargai sokongan peminatnya di sini, Maher turut merakamkan lagu Insya Allah dalam versi Melayu dan ia disampaikan buat kali pertama di hadapan peminatnya, malam itu. Malah Maher Zain juga memperdengarkan satu lagu baru, Freedom yang diilhamkan perjuangan saudara Islam di Tunisia, Mesir dan Libya.

Maher juga bersedia menyampaikan lagu yang diminta penonton hinggakan lagu For The Rest Of My Life dinyanyikan dua kali, begitu juga Freedom. Itu belum cukup baik kerana Maher Zain menyampaikan lagu Insya Allah tiga kali sepanjang konsertnya dengan versi asal, versi Melayu dan dwi-bahasa duet bersama vokalis Padi, Fadly.

Seorang penyanyi popular yang duduk berhampiran saya sempat mengulas sebelum keluar dari dewan malam itu. Katanya, pertama kali dia menyaksikan penyanyi menyampaikan satu lagu sampai tiga kali dalam satu konsert.

** To Adik La, sorry.. I tak upload lagi gmbr.. nanti I upload, I email you yer..

No comments:

Post a Comment