Wednesday, April 3, 2013

Family Trip: Medan 2013

# Alhamdulillah.. selamat jugak kami ke Medan last week...berbulan2 sebelum tu risau takut kena kansel & tak jadi sebab PRU13, dan sebulan sebelum pegi, tak ada ura2 nak bubar parlimen, kami pun cari la agent kat sana sebab klu PRU, Ma & Kak Na tak mau pegi, so terpaksa cancel plak...Nasib baik-doa kami dimakbulkan, dapat jugak jejak kaki ke Medan.. dah balik Medan pun, parlimen tak bubar2 jugak.. Pastu risau sebab yang pergi semua perempuan, ALLAH permudahkan pengembaraan kami kat sana dengan bantuan Pak Ibrahim & juga sharil. terima kasih buat bapak berdua...
# Sesungguhnya, pengalaman di Medan selama 5hari amatlah berharga... Sebelum menjejak kaki ke Medan, ramai yang kata 5hari tu lama. buat apa pegi lama2, kat Medan tak apa yang menarik...Dalam hati saya pun sama berkata, lamanya 5hari kat sana. nak buat apa yer.. tp bila dah sampai sana, 5hari tu sekejap je...pejam celik pejam celik, dah samapi hari ke lima.. Dan, sepanjang lima hari kami kat sana memang enjoy...
# Kami bernasib baik sebab dapat tourist guide yang nak ikut kehendak kami.. tak sepenuhnya ikut jadual yang ditetapkan.. Sebab tu sempat pegi ke kedai buku, bukan satu tp 2 tempat lagi... Malangnya, buku yang Sukila cari tak ada & saya sempat beli Qur'an kecik yang harganya separuh harga dari malaysia...dan saya bernasib baik sebab novel2 kat sana tak memenuhi citarasa.. klu tak harus la ada hasilnya!!!
# Lalu lintas kat sana- teruk.. dengan semua orang tak ikut peraturan, hon sentiasa kedengaran, kereta yang dibawa sesuka hati tapi kemalangan kat sana amatlah kurang... Baca suratkhabar semasa kat sana, tiada laporan mengenai kemalangan melainkan 1 laporan kemalangan di hari ke-2... Dan, laporan berita dekat sana amatlah telus & sekecil2 berita pun ada. Contoh, budak sekolah meniru dalam peperiksaan yang mana dekat malaysia saya rasa benda tu takkan masuk paper.
# kat sana suka guna singkatan@ akronim.. even dalam paper pun perkataan tu still valid. Contoh- Menteri Kewangan- Menkue, pastu ada beberapa perkataan lagi.. dan yg sentiasa saya dengar dari sharil is simatupang- siang malam tunggu panggilan, Dugem- dunia gemerlapan, Gaptek-gagal pakai teknologi dan byk lagi yang mana bila kita dengat rasa macam kelakar sangat... begitu juga dengan nama wakil rakyat & timbalannya, Kebetulan masa kami sampai, pilihanraya beru lepas.So, dapat la tengok kombinasi nama2 calon, ant GusDur, GanTeng.. nama singkatan bagi 2orang yang digabungkan..Nama penuh tak ingat la.. heheh
# Makanan kat sana lebih kurang je dengan sini.. so, apa2 pun boleh telan... Sempat minum jus Markisa yang famous kat sana... dan juga terung belanda.. jus durian belanda pun sedap.. isi buah durian belnda yang dikisar pekat.. yummy...tp jus limau tak berapa enak.. jus wartel tak sempat nak try.. jus wartel ni jus carrot, masa bgtau nak jus carrot, ternganga orang yang amik order, tak paham... lagi satu, teh o ais dipanggil teh manis dingin..best je sebut, teh manis dingin...
# Banyak yang nak cerita, tp tak tertulis. Dan sapa yang cakap rugi pegi Medan sebab tak ada apa2, tu tipu.. sebab saya enjoy je pegi sana, bleh tengok tsaik yang sangat cantik.. Dekat belah Parapat air dia biru kehijauan to sampai dekat Pulau Simosir, air dia hijau jernih... cantik!!!
# owh, disebabkab hard disk saya tak boleh nak buka, maka entry ni takpa gambar... Nak tengok gambar sila le ke Blog Sukila & blog Cik Ayu. Ada banyak gambar kat sana.. Siap buat macam telenovela lagi, ada part 1,  part 2.... sampai la part last semalam.. sakan la ada gmbr kat sana..

Sekian.. :-)

**Saya pernah ikut company trip, tapi serius tak se happy bila pegi dengan family.. aura dia lain.. Insha ALLAH next time akan ada lagi trip bersama mak, adik2, kakak2 & abang2.. Cuma masa dan tempat masih dalam perancangan...

1 comment: