Thursday, June 14, 2012

Special Enrty to ...

This special entry dedicate to my love sister, Wan Hasnurul Ain & my nephews, Wan Muhammad Rafiq & Wan Muhammad Amir for their Birthday....

HAPPY BIRTHDAY TO YOU GUYS!!!
MAY ALLAH ALWAYS PROVIDE YOU HEALTH, PROSPERITY & NEVER STOP ADDING HAPPINESS IN YOUR LIFE & OUR FAMILY...
LOVE YOU ALL!!!


Wednesday, June 13, 2012

Planner & Purchasing kat PT? Tak mau la!!!

Susah kot nak jadi planner + purchaser ni...
Tambah2 kat PT nih...
klu tak, tak kan kat PT post utk 2 dept ni selalu sgt 0...
Bagi saya tak susah, asalkan nak belajar & rajin...
klu tak memang susah... tak dapat den nak nolong...
orang baru, yang datang keje paling lama boleh tahan sebulan je..
pastu cabut... klu tak datang sehari esoknya terus ghaib...
Hari ni budak yang baru masuk 3 minggu lepas kat planning dept pun dah bagi surat..
habis tu camane.. nak tgu orang baru lagi berzaman la...
yang kekal orang2 lama.. macam saya :-)
diam tak diam dah masuk tahun ke-lima saya kat Tenaga...
bukan sayang kat PT ni, tp saya mls nak gi interview...
pastu nak cuti kena reka mcm2 alasan klu nak gi interview..
lagi pun , ofis dekat ngan rumah..
keluar lambat pun takpe.. jalan tak jem..
5 minit je sampai...
Cuma yang tak tahan, keje ari sabtu..
tapi nak buat camane kan?
Dah nasib!!!

*Sebenar nak post pasal FD hari tu.. tp gambar plak takde... tgu next time citer pasa FD yang sgt meriah tu... :-)

Thursday, May 24, 2012

Ciri-ciri Suami Yang Sangat Awesome...

Tadi ada someone yang share benda ni kat FB.. memang sgt2 awesome... Bersyukur sgt2 la klu dapat suami yang ada ciri2 mcm ni...

Antara ciri2 suami yang awesome mengikut pandangan Ust. Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu
. (Paling penting- antara ciri2 yang saya ingin kan.. sebab klu tengok keadaan sekarang, ramai yang takde ciri2 ni...)
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns

 ( dipetik dari koleksi ceramah Ustaz Azhar Idrus )

Saturday, May 19, 2012

Akhirnya...

Akhirnya kelantan berjaya jadi juara Piala FA setelah 3 tahun mencuba..
Tahniah walapun game malam ni tak best..
maybe sebab player kelantan over excited kot..r
nasib baik ada penalti dr Mat Gaddar..
klu tak harus kena masa tambahan dan kemungkinan harus kalah..
hahah.. tu je nak tulis...
dah lama blog ni sunyi sepi..

Tuesday, April 3, 2012

Kehebatan Al-Quran

PADA satu hari, ada seorang lelaki menemui Ibnu Mas'ud, sahabat Rasulullah SAW untuk meminta nasihat. Katanya: "Wahai Ibnu Mas'ud! Berilah kepadaku nasihat yang dapat aku jadikan penawar jiwaku yang sedang resah gelisah ini. Dalam beberapa hari ini, aku tidak merasai ketenangan, jiwaku tidak tenteram dan fikiranku gundah gulana. Makanku pun tak lalu dan tidur pun tak lena."

Lantas Ibnu Mas’ud pun menasihatinya: “Kalau itu penyakit yang sedang menimpamu, maka bawalah dirimu mengunjungi tiga tempat ini. Pertama, datanglah ke tempat orang yang sedang membaca al-Quran. Di sana kamu akan ikut sama membaca al-Quran atau cukuplah sekadar kamu mendengar bacaan al-Quran dengan khusyuk. “Kedua, pergilah kamu ke tempat majlis ilmu yang akan mengingatkan hatimu kepada Allah Yang Maha Agung. Ketiga, carilah tempat yang sunyi di malam yang sepi. Di sana kamu hendaklah menyendiri bersama Allah SWT pada waktu malam yang gelap gelita untuk kamu mendirikan solat tahajud, lalu kamu mohonlah kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kesucian hati.” Setelah orang itu kembali ke rumahnya, nasihat sahabat Rasulullah SAW itu terus diamalkannya. Dia mengambil wuduk dengan sempurna, lalu mengambil al-Quran. Dia terus membacanya dengan penuh tertib dan khusyuk.

Selesai membaca al-Quran, berubahlah jiwanya menjadi lebih tenang, fikirannya pun lebih tenteram dan kegelisahan jiwanya pun hilang berkat bacaan al-Quran. Begitulah al-Quran sebagai ubat penawar seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dalam al-Quran ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Surah al-Israk, ayat 82)

Demikianlah kedudukan dan kelebihan al-Quran di sisi Allah SWT yang padat dengan wahyu Ilahi seumpama sinaran cahaya menerangi kehidupan manusia sejagat ke arah kesejahteraan hidup dunia dan kebahagiaan akhirat.

Sesiapa berpegang teguh dengan ajaran terkandung di dalamnya, maka dia akan berbahagia, sebaliknya sesiapa yang menolak atau meninggalkan ajaran al-Quran, dia termasuk dalam kalangan manusia tersesat.

Dalam hal ini, Ibnu Taimiyyah pernah menegaskan sesiapa tidak membaca al-Quran bermakna dia meninggalkannya (menjauhkannya). Begitu juga sesiapa yang membaca al-Quran tetapi tidak pula memahami maknanya, dia juga meninggalkan al-Quran dan sesiapa yang membaca al-Quran dan memahami maknanya tetapi tidak mengamalkannya pula, dia tetap juga meninggalkan al-Quran.

Membicarakan kelebihan al-Quran, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Kepada kaum yang suka berjemaah di rumah ibadah, membaca al-Quran secara bergilir-gilir dan saling mengajarkan antara sesama mereka, akan turunlah kepada mereka ketenangan dan ketenteraman, dilimpahi juga kepada mereka rahmat Ilahi yang tidak terhitung, dipelihara oleh Malaikat dan Allah SWT akan sentiasa mengingati mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

Justeru, Rasulullah SAW menganjurkan setiap penghuni rumah Muslim menghiasi rumah dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran. Rumah yang tidak dibaca di dalamnya ayat al-Quran, akan banyak berlaku keburukan perilaku, kegersangan jiwa dan juga kesempitan pandangan hidup.

Setiap Muslim dianjurkan sentiasa membaca al-Quran selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran (membaca dan memahami maknanya) dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari)

Kesimpulannya, setiap Muslim wajib bermuhasabah dan menilai diri apakah kita sudah benar-benar melaksanakan kewajipan kita terhadap al-Quran, iaitu bermula dengan keimanan yang tulus terhadap kebenaran al-Quran, kemudian membaca al-Quran dengan elok berserta adabnya, memahami dan menghayati isi kandungannya dengan kefahaman yang syumul dan seterusnya menterjemahkan isi kandungan al-Quran dalam ruang lingkup kehidupan yang serba mencabar.

Kredit to Berita Harian

Thursday, March 22, 2012

Muhammad Yusof > Cucu Tok Wan Ke-40


Ni la wajah ahli terbaru dalam keluarga Allahyarham Hj Wan Omar.. Ensem kan!!!
Nama beliau ialah Muhammad Yusof B. Muhammad Rizal..
Beliau dilahirkan pada 17 March 2012...
Beliau ialah cucu Tok Wan yg ke-40..
Beliau anak ke-5 dalam 5 beradik..
Nama ibu-bapa beliau ialah Wan Haslina & Muhammad Rizal...
Beliau lain dari yang lain kerana beliau tak ada 'Wan'
Kejamkan JPN ni.. sian kat Yusof... :-(

Ni pula abang kepada Yusof...
Nama dia Ridhwan...
Tapi sumber dari Tok Ma cakap, Ridhwan selalu kacau Yusof...
Maybe Ridhwan tak sabar nak ajak Yusof main dengan dia...
Nanti Yusof dahj besar boleh la geng ngan abang kan kan kan!!!

Ni plak Yusof ngan Mok Chek...
Nak jugak tunjuk.. heheh..

Apapun, Selamat datang buat Yusof..
Semoga membesar menjadi anak yang soleh...
Sayang Kamu!!!

Coretan FD 2012 - Part 1

Family day 2012 akan berlangsung tak lama lagi...
Eventhough I just a small potato in this event,
but if someone still condemn or complaint or compared with last 2 years,
anyone can felt like tension, hot ect..

"Tahun ni baju jgn silap lagi"
"Makanan tahun lepas tak cukup, make sure tahun ni cukup"
"......."

Sekali cakap cukup la.. jgn la nak ulang banyak kali...
Banyak kali dengar tension tau... adehh!!
kalau rasa sendiri boleh handle lagi bagus, apa kata next FD AJK sekarang tarik diri..
kita bagi je sape2 yang terer nak handle..
mana tau 100% perfect.. Takde sikit pun cacat cela...

We'll already give 100% commitment tapi klu ada jugak cacat cela nak buat camane...
Kami mengaku kami tak boleh nak puaskan hati semua orang...
tapi 90% yg puas hati tu kira dah berjaya la...
Yang tak puas hati FD ke 2, kami dah buat rootcause & corrective action...
Preventive action pun dah ada, cuma tak tau 100% can achieve or not...

Next FD, saya tarik diri.. saya nak bayar & jadi orang biasa jer..
tak yah pening kepala bila masing2 sinis...

Thursday, March 8, 2012

Saya, Ofis & Kerja

1) Saya tak suka aircond.. sebab saya tak tahan sejuk... aircond & saya tak boleh rapat... Nasib baik saya ada rakan sekutu yang tak suka aircond.. suka hati kitorang la nak laras suhu brape.. hehhe

2) Saya sangat 'alert'. (Bukan saya yg cakap, tp org kat ofis yang cakap).. sebab saya selalu perasan benda2 yg orang lain tak perasan... Tp mungkin betul jugak.. klu tak, tak mungkin hajar pun cakap benda yang sama masa kat UTM dulu...

3) Kat Ofis semua org tau saya suku buah salak... dan pg td ada marketing yang baru balik dari Batam beli buah salak.. dia siap simpan sebab nak bagi kat saya... Dan my ex-boss, Alvin pun tau jugak, bahagian dia pun dia bagi kat saya.. heaven giler.. hahahah

4) Saya sayang purchasing Dept walaupun sekarang saya kat planning dept... Tapi sekarang dept tu dah makin teruk.. staf 2org brenti skaligus... dan yang paling kesian kat Alvin.. semua benda dia kena buat.. walaupun mulut dia bising tp dia baik... *saya je kot yang cakap dia baik*. Tp dia memang baik dgn saya...

5) Saya tak suka GM saya.. sebab dia mengjengkelkan... selalu nak cari kesalahan dept lain walaupun at the first place, marketing yang salah.. tak boleh terima pendapat orang lain.. dia je yang betul.. Ada jugak orang macam ni ek...

6) Saya tengah survey kerja lain... bukan sebab dah tak suka kat Tenaga.. Saya sayang nak tinggal Percetakan Tenaga... kalau tak, takkan saya boleh stay samapi 5 tahun kan??? tp saya nak cari kerja yang 5 hari seminggu... Dan klu dapat, saya tak pasti yang saya akan dilepaskan dengan mudah...

Saturday, March 3, 2012

Sesat Di Kepong!!!

Sungguh tak sangka saya sesat!!!
plan asal lepas kerja kekonan nak gi la ke bank..
yg dekat balai polos kepong tu...
then sebab saya terlampau terer, konon nak amik jalan dalam...
tak mau ikut jalan biasa...
terus sesat sampai selayang sana...
adus!!!
tp takpe, at least sy dah tau kat mana Pasar Borong Selayang..hahaha..
selama ni dengar nama jer...
dan nasib baik jugak saya tak PANIK...
Cuak memang la cuak...
jumpa jugak jalan balik..
jalan yg terus ke Taman Intan Baiduri dan keluar kat Amanpuri...
terus hilang niat nak gi bank..
sejam buang masa, buang minyak kete jah...
haru betul...
dan esok kena la kuar lagi nak gi bayar utang bank nih... huhuhu
nasib nasib nasib...

Friday, February 3, 2012

MALAS

Bila kemalasan melanda..
- Bilik MALAS nak kemas...
- Baju bersih MALAS nak lipat...
- Baju kotor MALAS nak Basuh
- Warna Warni Hidupku MALAS nak taip n3 baru

Semuanya sebab MALAS...
bila la nak jadi RAJIN ni...huhuhu

Sunday, January 29, 2012

PETUA IMAM SYAFIE

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai har...uman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Monday, December 26, 2011

:: Cerita Disember ::

Dah sebulan takde n3 baru...
bulan ni bz ckit.. balik lmbt malas nak on pc...

1) Dikesempatan ni, nak wish besday kat 4 org anak buah yg lahir bulan disember...
Hepy belated besday semua..
semoga panjang umur, murah rezeki...
Semoga Naya, Mirah, Manis & Ayish jd anak yg baik...

2) Company buat dinner 7 januari nih... yg hampehnye still wat kat opis lama.. konon2 sempat masuk bangunan baru tapi tak siap lagi.. tgu taun depan la yer... Dan yg tak best lagi, tahun ni ada tema, tema 70an & 80an... ada cadangan nak pakai baju apa tak? Klu tak harus je saya pakai baju opis heheheh...

3) Still berkenaan dinner, group kami kena wat performance.. Dan performancenyer ialah Cha Cha Dance.. hahaha.. tarian cha cha... nasib baik la budak2 foreigner nih yang volunteer nak menari... klu tak hari nak pilih sapa... Yg tak best kami kena design baju... saya kena jahit baju... MALAS nyer nak menjahit... lagi 2 minggu lagi, tak buat apa pun lagi.. huhuhu...

4) Kat opis sekarang tak best.. takde geng... semua geng2 saya dah berenti... saya pun merancang jugak tp sayang plak nak tinggal sebab sekarang dah stabil... bos lama & baru pun banyak bagi kepercayaan untuk saya... at least, apa2 diorang akan tanya pendapat saya jugak... tp nak jugak merasa kerja kat tempat lain.. camane ek???

5) Semalam, bersemanagat nak kemas bilik... padahal bilik kecik jah, p amik masa smpi sehari... adus.. penat giler... masa nak susun buku2 tu, saya bersemangat kira.. byk jugak buku2 ni rupanya... tak cukup satu rak, minggu depan kena beli rak lagi satu...


Itu sahaja untuk kali ni... Semoga berjumpa lagi...



**Selamat menyambut Tahun 2012... Semoga dengan kehadiran tahun baru nanti akan memberikan kegembiraan buat kita semua....**

Monday, November 28, 2011

Hikmah di sebalik perbezaan kalendar Hijrah, Masihi

DARIPADA Aisyah, katanya: “Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi Nabi SAW pada hari itu, namun amat perlu sekali bagi Baginda datang juga ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi Baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika Baginda datang ke rumah kami waktu Zuhur, lalu kedatangan Baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar.

Berkata Abu Bakar: Nabi SAW tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting. Ketika Nabi SAW masuk ke tempat Abu Bakar, Baginda bersabda kepadanya: Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar. Berkata Abu Bakar: Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, Aisyah dan Asma’. Sabda Nabi SAW: Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)? Berkata Abu Bakar: Anda perlu teman, ya Rasulullah! Sabda Baginda: Ya, kawan. Berkata Abu Bakar: Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja ku sediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda. Sabda Nabi: Ku ambil seekor dengan harganya.” (Hadis riwayat Bukhari) Orang yang mula-mula menetapkan hijrah sebagai permulaan tarikh dalam Islam ialah Saidina Umar al-Khattab ketika beliau memegang jawatan khalifah iaitu pada tahun 17 hijrah. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada beliau, ada mencadangkan tarikh kelahiran Rasulullah SAW, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul dan ada mencadangkan tahun kewafatan Baginda.

Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui Saidina Umar memandangkan hijrah adalah peristiwa terpenting antara peristiwa lain, seperti mana katanya: “Kita membuat tarikh dengan hijrah Rasulullah SAW kerana hijrahnya itu adalah perbezaan antara yang benar dengan yang batal.”

Pendapat itu disokong oleh Saidina Ali. Sebenarnya, wujud jalinan antara perkiraan tahun masihi dan hijri (Hijrah) kepada umat Islam. Tahun Masihi dikira menurut peredaran matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-Syamsi adalah untuk menentukan musim atau aktiviti manusia. Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai.

Sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat. Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu.

Contohnya musim haji dan puasa. Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk, tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Thursday, November 3, 2011

Besday mek sarah yg mok chek lupa.. :-(

Hepi Belated Birthday Mek sarah...
Ampun yer...
mok chek tak ingat besday mek...
27 Oct...
Ingat tak lepas lagi, rupa2nya skrg dah masuk nov dahhh
Semoga mek jadi anak yang baik & berjaya dalam hidup...
Semoga panjang umur, murah rezeki...

Sunday, October 23, 2011

4 Perkara Sebelum Tidur

SEBELUM tidur, Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an

2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir

3. Sebelum para muslim meridhoi kamu

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh"

Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an." Bismillaahir rohmaanir rohiim,

Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid' walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

2. "Membaca sholawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa'at di hari kiamat“. Bismillaahir rohmaanir rohiim, Allahumma shollii 'alaa Muhammad wa'alaa alii Muhammad (3x)“

3. "Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhoi kamu“. Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan - akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh“.

Bismillaahir rohmaanir rohiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha Illallahu Allahu akbar (3x)


**Kredit to FB Kumpulan Doa-Doa Islam Sehari-hari

Saturday, October 8, 2011

~Akhirnya~

Akhirnya saya berjaya membawa kekasih hati saya dari kepong ke jeram....
dan, bermula esok saya nak bawa blik DBW ke kepong lak..
dan, Isnin saya nak pegi keje dengan kereta saya...
harap segalanya berjalan lancar...

Wednesday, September 28, 2011

Transfer Again...

Saya kena transfer dept lagi...
Planning dept pulak...
dah la planning dah huru hara sekarang...
konon2 dalam ramai2 staff kat Tenaga, diorang nampak saya jer..
yo yo or je GM ni...
konon2 saya yg paling layak...
dah korang hire yang hampeh semua, jd la hampeh...
cuba hire staff yg ada kualiti ckit...
kali ni nak demand...
sy nak keje yg mudah jer...
thanka to Alvin sbb tolong back up saya...
tp apakan daya, management dah decide tak boleh buat apa la...
Jadi la saya Planning Exec instead of Costing Exec...

**Saya lebih suka Costing Exec...

Tuesday, September 27, 2011

UTM - Kenangan Terindah

Tiba2 je dalm mgu ni dok teringat UTM...
yg pasti saya rindu kenangan silam...
byk kenangan yang saya lalui kat UTM..
bak kata Mama Mia,
"w/pun masa tu duit cukup2 makan jer, tp hidup hepi memanjang... tak de nak pening kepala fikir menda lain selain dari study n exam"
skrg duit byk, tp hidup bosan.. keje, keje dan keje...
Terasa nak smbg blik kat UTM tp rasanya tak mampu nak lepaskan apa yg ada...
setakat ni rasa macam dah stabil dari segi kewangan...
Nak buat PJJ, UTM jauh sgtttt...

Wednesday, September 21, 2011

Kekasih hati kesayanganku

Akhirnya, kekasih hati saya sudah datang...
Sebenarnya dah 3 malam kekasih hati saya tu datang KL, tp kami takde masa nak jumpa..
baru tadi saya sempat jumpa kekasih hati saya tu..
kami pegi makan kat Mc Donald AmanPuri...


Ni la wajah samar2 kekasih hati saya tu... maklum la dating tengah malam, gmbr pun kelam la sikit...

Hansome tak kekasih hati pengarang jantung saya ni? hansome kan...

Buat kekasih hati saya, saya nak bagitau satu jer:

"Saya sayang kamu..."

Monday, September 19, 2011

Dari Datuk Dr. Fadilah Kamsah

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."


Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT''

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki,
jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..


Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."